Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Laksa Ala-Ala Aeon Mall. Memang Sama Betol Rasanya, Confirm Ketagih!
Siapa pernah makan laksa kat food court Aeon Mall? Kalau biasa makan laksa kat situ, mesti dah tahu laksa tu sedap sangat! Masuk je Aeon terus terhidu baunya. So, apa kata hari ni kita follow resepi laksa ala-ala Aeon Mall kat sini.
Ianya antara menu yang sering menjadi tumpuan ramai ketika berkunjung ke Aeon Mall. Selain baunya yang cukup menyelerakan, pasti ramai juga yang tertarik dengan kepekatan dan keenakan kuahnya.
Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata nak membeli laksa ini. Ada juga yang sanggup bungkus dan bawah extra laksa untuk menikmatinya sekali lagi dirumah. Senang kata laksa Aeon ni memang boleh buat orang ketagihlah.
Memandangkan sekarang masih lagi pkp, apa kata kita cuba resepi ini di rumah masing-masing. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hajal Aishah Zakirai ini. Pasti anda teruja dengan hasilnya.
Sekali rasa terus teringat laksa Aeon Mall. Rindu nak makan dan keluar ke Mall lagi. Tapi sejak resepi ni ada, nak makan setiap hari dirumah pun takpe. Cuma guna ikan sardin tin je, kita dapat hasilkan laksa yang sebijik macam kat Aeon Mall.
RESEPI LAKSA ALA-ALA AEON MALL
Tak perlu rebus ikan, tak perlu buang tulang ikan. Kerja paling senang nak buat laksa ni, guna je ikan sardin tin. Rasanya juga luar biasa. Jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang*
- Belacan*
- Pes asam pedas*
- 2 tin sardin (1 tin dibuang sosnya, 1 lagi tak perlu)*
- Asam keping
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Garam, perasa, gula
- Fishball
CARA PENYEDIAAN LAKSA ALA-ALA AEON MALL :
▶️ Kisar bahan bertanda (*) sehingga halus.
▶️ Masukkan dalam periuk. Letakkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air mengikut kepekatan yang diingini. Masak hingga mendidih.
▶️ Bila dah mendidih, masukkan garam, perasa dan gula. Letakkan juga fishball. Kacau sebati, tutup api dan siap!
▶️ Bahan hiasan boleh letak mengikut kesukaan masing-masing. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Buat Puding Buah Naga Yang Paling Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Memang Syok Sangat!
Mudahkan! Wah, seronoknya makan laksa panas-panas ni. Kalau nak perah dengan limau pun sedap sangat tau. Tapi sesetengah orang tak suka nak perasakan dengan limau. Mereka beranggapan laksa yang dihasilka sudah lengkap rasanya.
Tanpa menggunakan perahan limau juga, rasa laksa sudah cukup enak. Limau hanyalah digunakan untuk menaikkan rasa masam dalam kuah. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Tak perlu risau lagi. Lepas ni semua orang dah boleh makan laksa ala-ala Aeon Mall kat rumah. Mudah pula tu nak buatnya. Masa yang diambil untuk memasaknya pun tak lama. Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!