Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerabu Maggi Seafood Thai Ala Kedai Makan. Simple, Cepat Dan Tentunya Sedap!
Maggi thai ni memang sedap bila buat kerabu maggi macam kat kedai Siam. Haa, ni dia resepi kerabu maggi seafood Thai untuk korang cuba. Sedapnya macam duk negara sebelah tau. Rugi korang tak cuba kat rumah.
Setiap kali pegi makan kat kedai Siam, mesti terpandang maggi Thai ni display kat luar. Kebiasaannya, kedai-kedai makan Siam ni ada menu kerabu maggi. Tapi lain cara, lain juga la rasanya. Betul tak?
Actually maggi ni sedap je makan jadi maggi berkuah. Tapi kebanyakannya orang lebih suka buat kerabu. Letak seafood rebus, sayur dan macam-macam lagi. Maggi ni susah nak jumpa kat kedai-kedai biasa ye. So, kalau ada kengkawan yang duduk Kelantan, boleh la minta diaorang belikan stock banyak-banyak.
Buat stock maggi ni kat rumah pun elok juga. Kalau nak makan ringan-ringan boleh la buat kerabu maggi. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Confirm menjadi! Belum makan dah kecur liur dibuatnya. Korang nak campur sedikit nasi pun boleh.
Ramai yang pelik bila cakap pasal maggi makan dengan nasi putih. Hahaha, untuk orang yang dah biasa makan. Maggi campur nasi pun dah sedap. Jadikan maggi sebagai lauk gitu. Yang duduk hostel mesti pernah buat kan.

RESEPI KERABU MAGGI SEAFOOD THAI
Okey, tak nak la cerita pasal maggi makan dengan nasi tu. Karang teringat dah meleleh pulak air mata ni. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan maggi seafood Thai ni. Tak sabar nak buat kat rumah nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Maggi thai 2 bungkus
- 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
- 8 ekor udang dibuang kulit
- 6 batang isi ketam dipotong 2@3
- 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
- 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
- 2 sudu besar cuka makan
- 2 sudu besar sos cili thai (sos manis thai)
- 1/2 sk ajinomoto
- 1/2 sudu besar gula
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus (sedikit sahaja)
- 1 biji bawang merah dipotong dadu
- 4 biji cili padi dipotong kecik
- 1/2 batang lobak merah diparut halus
- Kobis ungu di hiris nipis
- Sos ikan 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN KERABU MAGGI SEAFOOD THAI :
▶️ Mula-mula rebuskan maggi 1-2 minit @ sehingga lembut. Dah masak angkat dan toskan.
▶️ Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
▶️ Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.
▶️ Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
▶️ Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.
▶️ Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau tak nak masam.
▶️ Masukkan sos ikan.
▶️ Masukkan sos cili thai, ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing.
▶️ Akhir sekali, masukkan semua rencah yang ada dalam maggi. Cantik pulak warna warni ni kan.
▶️ Sekarang gaul semua bahan bagi rata dan sebatikan.
▶️ Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.
BACA JUGA : Resepi Bingka Labu Lemak Manis. Sesuai Sangat Buat Minum Petang Keluarga!
Wahhh!! Tak sabar nak makan. Nak buat makan-makan bolehlah buat kerabu maggi. Simple dan semestinya sedap. Rasa maggi Thai ni kalau buat sup pun dah sedap ye. Ni kan pulak dijadikan kerabu maggi.
Zaman dulu duduk rumah sewa dengan housemate orang Kelantan. Selalu tau dia beli stock maggi ni time balik kampung. Sampai kita orang buat niaga kat tempat kerja. Hahaha! Laku teras maggi ni.
Sekarang dah mudah. Boleh order je kat kedai Siam. Tapi masak sendiri lagi puas hati. Betul tak? Resepi tak susah mana pun. Thanks to Cik Puan Ariana Sofia Ahmad sebab sudi berkongsi resepi kerabu maggi seafood Thai ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!