Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kentang Bakar Berempah Yang Garing Dan Semestinya Sedap. Sesuai Sangat Buat Kudapan!

0 1,827

Ayam mahal, minyak mahal. Maka kita makan kentang bakar je lah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni. Mudah, tapi anak-anak mesti suka. Sesuai sangat buat kudapan sambil makan depan tv. Jom follow resepi kentang bakar berempah kat sini. Confirm sedap!

Actually, resepi ni tak menggunakan bahan yang banyak. Antara bahan yang wajib korang sediakan adalah kentang, dan cili flakes. Orang kata masak kat deep fryer lagi sedap. Memandangkan kita nak jimat minyak, kita bakar dalam air fryer atau oven je. Senang!

Korang yang suka makan cheesy wedges kat KFC boleh sangat try citarasa korang makan kentang bakar berempah ni. Mesti korang suka punya lah. Nak Makan dengan sos, mayonis dan cheese pun boleh je. Semua terpulang ikut cirasa masing-masing.

Resepi kentang bakar berempah ni telah dikongsikan oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui perkongsian di laman Facebooknya. Resepi ni viral sampai 4.7k ye. Mesti ramai yang nak try kat rumah kan. Yang dah cuba pun mesti dah repeat buat lagi.

Cili flakes tu boleh tahan pedas ye. Kalau nak hidang untuk anak-anak korang boleh Letak sikit je. Supaya kentang bakar berempah korang ni nampak cantik hasilnya. Teksturnya lepas di bakar akan garing. Lagi sedap dari korang makan cheesy wedges tu tau!

 

RESEPI KENTANG BAKAR BEREMPAH 

Sukatan bahan kat bawah ni adalah untuk 3-4 orang makan. Boleh adjust sukatan ikut bilangan orang yang nak makan nanti. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang di perlukan. Kalau semua bahan dah lengkap, bolehlah try buat nanti.

Bahan-bahan yang diperluka adalah :
  • 1/2 kg kentang kecil
  • 1 sudu besar empingan cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil daun parsli kering
  • 1 sudu kecil daun basil kering
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu serbuk keju parmesan
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KENTANG BAKAR BEREMPAH :

▶️ Kita sedia bahan-bahan. Kalau tak ada daun parsli atau basil kering, guna sahaja daun oregano. Kalau tak ada juga, letaklah apa daun pengganti.

▶️ Supaya cepat empuk, potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi kulit tu yang akan buat sedap nanti.

▶️ Setelah kentang empuk, tos kentang dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Gunakan minyak rendaman tomato yang kita buat tempoh hari.

▶️ Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.

▶️ Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.

▶️ Set suhu sekitar 120-150C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Kena jimat minyak masak.

▶️ Ok ni hasil selepas 20 minit. Belum cukup garing. Kita terbalikkan kentang ni. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah dan dalamnya empuk-empuk manis.

▶️ Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang supaya tak geseng.

▶️ Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi boleh terbalikkan semula dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang kita nak.

▶️ Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran korang. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Premium Royal Thai Buttercake Yang Paling Sedap. Cantik Dan Licin Je Permukaannya!

 

Pedas, masin, manis dan berlemak! Fuh, confirm repeat kalau dah makan kentang ni. Nampak simple tapi rasanya serious sedap. Patutlah viral! Kalau Nak Lagi garing korang follow step kedua untuk bakar kentang di atas. Hasil kulit kentang lebih garing.

Untuk penggetahuan Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan ni seorang yang gemar berkongsi respi di Wall Facebooknya. Semua resepi nampak menarik dan sedap-sedap belaka ye. Betullah orang kata, lelaki kalau reti masak memang lain macam hasil masakan diaorang. 

Ribaun terima kasih di ucapkan kepada Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan kerana sudi berkongsi resepi kentang bakar berempah yang simple, mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open