Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Japchae Korea Glass Noodle Yang Halal. Lain Macam Sedapnya, Rugi Tak Cuba!

0 25,911

Pernah dengar japchae Korea? Japchae merupakan masakan yang berasal daripada Korea yang menggunakan mi kaca dan dihidang bersama pelbagai jenis sayuran dan bahan masakan yang lain seperti telur dadar, daging dan sos hitam.

Selalu je orang keliru antara mi kaca dengan suhun. Mi kaca diperbuat daripada tepung keledek manakala suhun pula diperbuat daripada pati kacang hijau. Secara fizikalnya, mi kaca dan suhun lebih kurang sama tapi diperbuat daripada bahan yang berbeza.

Tekstur mi kaca ini pula lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Ha! nak lagi jelas, boleh google dan tengok kedua-dua teksturnya yang berbeza antara satu sama lain. Japchae juga antara hidangan Korea yang dimasak halal dan boleh dimakan.

Rasanya memang enak. Ditambah pula hidangan Japchae ini dipelbagaikan dengan sayur-sayuran dan wajib ada 5 warna pada hidangannya. Warna wajib itu adalah hijau, kuning, jingga, putih dan hitam.

Setiap bahan yang digunakan akan menggambarkan salah satu warna yang ada dalam hidangan ini. Resepi japchae Korea ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Dijamin halal bila buat sendiri dirumah.

 

RESEPI JAPCHAE KOREA

Japchae juga sesuai dijadikan menu sarapan pagi, minum petang ataupun makan malam. Terutama pada mereka yang tengah diet. Jom kita lihat bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Mi kaca (direbus)
  • Biji bijan (disangai)

* Digadingkan untuk membezakan tekstur mi kaca dan suhun.

Bahan untuk 5 warna :
  • Sayur pak choi/ Bayam (direbus) – Hijau
  • Telur (didadar) – Kuning
  • Lobak merah (dihiris memanjang dan disangai) – Jingga
  • Bawang hollang (dihiris) – Putih
  • Cendawan shitake (dihiris memanjang) – Hitam
  • Kulat Hitam (dihiris memanjang) – Hitam
  • Daging (diperap dengan kicap) – Hitam

Bahan untuk sos hitam :
  • 3 sb kicap cair/ masin
  • 3 sb kicap pekat
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb minyak bijan
  • 1 sb gula/ gula perang
  • 1 sk garam

CARA PENYEDIAAN JAPCHAE KOREA :

▶️ Ambil separuh paket mi kaca dan direbus selama 5 minit. Rebus sehingga lembut, angkat dan toskan.

Cara penyediaan sos hitam :

▶️ Campurkan kesemua sekali bahan untuk sos hitam dan masak diatas kuali sehingga sebati.

▶️ Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi dan gaul sebati.

Cara hidangan :

▶️ Campuran semua bahan 5 warna kedalam mangkuk berisi mi kaca. Gaul sebati dan ketepikan.

▶️ Tambah biji bijan yang telah disangai. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade Yang Menjadi Dan Sedap. Flawless Gitu Jadinya!

 

Nak buat bekalan ketempat kerja pun boleh. Hidangan yang cukup enak dan sihat dengan pelbagai jenis sayur-sayuran. Kalau nak guna suhun boleh tak? Boleh je. Guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang.

Mi kaca atau nama lain, sweet potato noodles. Boleh dibeli di mana-mana pasaraya besar seperti Lotus, Aeon dan terjual juga di Shopee. Harga lebih kurang RM 11. Tapi, boleh guna 3 kali hidangan.

Pasti ramai penggemar masakan Korea kan. Lebih-lebih lagi bila tahu hidangan itu halal dan boleh dimakan. Disebabkan pengaruh k-pop, semua makanan Korea akan dicuba. Semoga resepi japchae Korea ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open