Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bubur Asyura Orang Utara Yang Paling Sedap Dan Mantap. Mudah Je, Rugi Tak Cuba!
Wah! Sedapnya kalau dapat makan bubur asyura bulan Muharram ni? Ada yang nak try tak? Kalau ada yang nak buat hujung-hujung minggu ni, apa kata korang follow resepi bubur asyura orang utara kat sini. Confirm nak lagi!
Seperti yang kita tahu, bubur asyura antara hidangan yang sangat popular bila tiba bulan Muharram. Menu ni akan di sediakan secara bergotong-royong di sesuatu kawasan perumahan atau kampung. Memang meriah sungguh.
Bubur asyura ni boleh di masak dengan pelbagai cara. Lain negeri, lain cara penyediaannya. Kalau korang teringin nak makan bubur asyura dari utara, inilah resepi tepat untuk korang cuba. Sangat mudah dan sedap hasilnya.
Buat apa nak beli, kalau boleh buat sendiri kan? Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Fa Phong ni. Resepi pun lengkap dan mudah di faham. Yang penting korang tak derhaka kat resepi yang dah share ni.
Bubur asyura ni memang menggunakan banyak jenis kacang. Contohnya kacang hijau, kacang ketupat, kacang merah abc dan kacang merah kecil. Semua kacang kena rebus dulu sebelum nak masak menjadi bulur asyura.
RESEPI BUBUR ASYURA
So, tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan bubur asyura ni. Sementara masih dalam bulan Muharram. Bolehlah kita buat dan bagi jiran-jiran kan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 cawan kacang hijau
- 1 cawan kacang ketupat
- 1 cawan kacang merah abc (ni kena rendam setengah jam dulu sebab kacang ni keras sangat)
- 1 cawan kacang merah kecil
- 2 ketul gula melaka
- 1 cawan gula putih
- 600g keledek oren
- 1 tin jagung manis tin
- 3 tongkol jagung biasa
- 3 biji pisang
- 3 cawan santan/ 2 kotak setengah santan (kalau pakai jenis kotak)
- 2 cawan tepung beras
CARA PENYEDIAAN BUBUR ASYURA ORANG UTARA :
▶️ Masak dulu gula melaka 2 ketul besar tu bersama 1 cawan gula + 1 cawan air. Api slow dan bagi cair semua gula ni dulu ye.
▶️ Bila gula dan cair, blend bersama 2 cawan tepung beras dan 3 cawan santan + 1 sudu kecil garam. Step ni penting untuk hasilkan kuah yang tak berketul-ketul. Ketepikan dulu bahan blender.
▶️ Sementara tu, rebus kacang-kacang yang ada satu persatu sampai lembut. Nak tahu lembut ke tak picit-picit je. Selagi keras tu teruskanlah merebus.
▶️ Nak rebus sekali pun boleh tapi kena hati-hati sebab ada kacang yang mudah lembut. Jangan lupa keledek ye. Rebus juga keledek yang dipotong dadu tu.
▶️ Kacang dah lembut, masukkanlah bahan yang diblend tadi diikuti dengan 1 tin jagung manis, butir jagung dan daun pandan.
▶️ Pisang dipotong dadu masuk last sikit. Kalau masuk awal nanti hilang pisang kite.
▶️ Kacau dan kacau sampailah bubur dah pekat dan tak melekat dekat periuk. Terus transfer dalam bekas dan zapppp sedia untuk di makan.
BACA JUGA : Cara Buat Rotiboy Guna Roti Gardenia Yang Paling Simple Dan Sedap. Nak Jimat Follow Je Resepi Ni!
Korang dah boleh masukkan bubur dalam bekas plastik. Senang nak makan dan bagi kat jiran-jiran nanti. Kalau korang suka makan sejuk, korang boleh masukkan bubur dalam peti dulu. Makan sejuk ke panas, bubur ni tetap sedap!
Ada teknik nak rebus kacang tu ye. Tak boleh main hentam je. Takut nanti, semua kacang jadi terlebih lembut. Kalau kacang yang keras sangat, korang boleh asingkan dan rebus asing. Jangan campurkan sekali dengan kacang yang mudah nak lembut tu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fa Phong kerana sudi berkongsi resepi bubur asyura orang utara ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua di bulan mulia ini. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!