Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bihun Goreng Cili Padi Yang Pedas Kebabom. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

0 194

Sebelum ni kita makan nasi goreng cili padi je. Rupanya bihun pun boleh masak goreng cili padi juga. Sedap pula tu! Nampak macam biasa-biasa je, tapi kebabom pedasnya. Kalau korang nak nak cuba resepi bihun goreng cili padi ni. Korang boleh follow resepinya di sini. Confirm nak lagi!

Resepi ni juga boleh dihidang buat tetamu yang datang kerumah. Samada untuk rumah terbuka, jamuan ataupun majlis-majlis keramaian. Yang suka pedas, mesti akan tambah sepinggan lagi. Tak cuba, maka tak tahu kan. Kalau masak nasi goreng cili padi pun dah sedap, ni kan pula bihun cili padi.

Masak bihun goreng cili padi ni juga sama cara penyediaannya dengan nasi goreng cili padi. Yang mana korang perlu menggunakan cili padi hijau yang dikisar dengan beberapa bahan lain termasuk ikan bilis. Boleh di campur dengan lauk lain juga selain udang. Contoh isi ayam, sotong dan fish cake.

Resepi bihun goreng cili padi ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Har Ryea. Baru je beliau share resepi ni 2 hari yang lalu. Dah ramai orang yang share. Kalau tengok latest share untuk resepi ni adalah 1.8k. Memang ramai ye penggemar bihun ni.

Yang suka makan pedas, tak kira pagi petang siang malam. Korang boleh masak bihun goreng cili padi ni untuk sarapan pagi atau makan malam. Memang sedap sangat tau! Makan dengan telur mata separuh masak lagi best. Boleh juga di campur dengan pelbagai jenis sayur pilihan korang. 

 

RESEPI BIHUN GORENG CILI PADI

Masak sendiri lagi puas hati. Kalau korang tak suka rasa pedas sangat, korang boleh adjust rasa pedas tu ikut citarasa masing-masing. So, tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah terus masak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Bihun
  • Udang
  • Telur
  • Lobak merah (dihiris)
  • 1 sudu atau lebih serbuk Maggie cukup rasa
  • Daun sup (dihiris kasar)

 

Bahan kisar :
  • Cili padi hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Segenggam ikan bilis

CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG CILI PADI :

▶️ Blend cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Kemudian, tumis sampai sedikit garing.

▶️ Bila garing, masukkan udang. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.

▶️ Kemudian, ketepikan udang dan masukkan telur. Kecikkan api bagi telur masak sikit.

▶️ Seterusnya, hancur-hancurkan sedikit telur tadi. Gaul rata semua bahan-bahan.

▶️ Masukkan lobak merah yang dah dihiris-hiris tadi. Gaul rata semua bahan.

▶️ Seterusnya, masukkan bihun. Gaul dan ratakan sedikit dengan bahan-bahan tadi.

▶️ Taburkan sesudu besar atau lebih sedikit serbuk Maggie cukup rasa.

▶️ Akhir sekali, taburkan hirisan kasar daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga berwap.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Tart Cadbury Yang Ranggup, Cair Dan Berlemak Dimulut. Confirm Laju Je Habis!

 

Siap untuk dihidang! Senang ke susah nak masak bihun goreng cili padi ni? Senang je kan. Boleh sangat dah masukkan resepi ni dalam list menu raya untuk open house nanti. Raya puasa tak puas rasa nak ber open house. Raya haji ni kita sambung pula. Maklumlah 2 tahun tak beraya macam biasa.

Memang terliur tengok gambar bihun goreng cili padi ni. Tengok rupa dah tahu pedas! Yang macam ni lah sedap. Kalau tak pedas, rasa hilang juga nikmat nak makan tu. Untuk resepi ni tak suggest korang bagi anak-anak makan tau! Habis berasap telinga makan bihun ni nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Har Ryea kerana sudi berkongsi resepi bihun goreng cili padi yang super sedap ini di Facebook. Semoga bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa share kat sedara dan kawan-kawan yang suka makan pedas. Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open