Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bihun Bakso Yang Simple Dan Marvellous. Makan Dengan Sambal Kicap Memang Padu!
Sedapnyaa kalau dihidnagkan dengan bihun bakso bila time musim hujan kan. Hirup sup dia, gigit meatball dia. dan bihun pun lembut je masuk dalam mulut. Ni antara makanan wajib saya beli kalau ke pasar malam.
Seriously, bakso ni kena pandai cari yang sedap tau. Sup dia memainkan peranan penting untuk hasilkan rasa yang sedap. Lagi pekat sup dia, memang lagi padu. Yang membezakan bihun sup biasa dengan bihun bakso ni sebab ada meatballnya sahaja.
Sepanjang yang saya pernah makan, bihun bakso Utara memang terbaik. Tak perlu sampai nak drive ke Utara untuk cari bihun bakso ni, sebab dekat pasar malam kita biasanya ada. Kadang-kadang mereka dari Utara datang sini dan menjual je bakso.
Berbanding masak lauk, buat bakso memang lebih mudah. Oleh itu, timem musim raya, nak hidangkan kepada tetamu yang ramai, sesuai sangatlah buat bakso atau makanan bersup. Boleh sediakan banyak-banyak 1 periuk terus tinggal masa panaskan sahaja.
Resepi bihun bakso sedap ni dikongsikan oleh Cik Puan Nurlina Azmi di ruangan facebook milik beliau. Bahan-bahan yang digunakan pun tidaklah susah sangat dan mudah nak faham.
RESEPI BIHUN BAKSO
Makan bihun bakso ni wajib ada sekali dengan sambal kicap, dan juga sambal merah. Bila makan, gaulkan bersama. Kuah sup tu biar panas-panas sikit baru suam.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bihun
- Bebola daging (jenama Salim)
- 1 biji bawang holland
- 6 ulas bawang putih
- 6 hiris halia
- 2 sudu lada hitam
BAHAN KICAP :
- 7 biji cabai melaka
- 5 ulas bawang putih
- Kicap manis
CARA PENYEDIAAN BAKSO BIHUN :
▶ Mula-mula celur bihun sehingga lembut. Boleh juga rendam dengan air sejuk sehingga lembut.
▶ Kemudian siapkan sup. Kisar bawang holland, bawang putih, halia dan lada hitam. Kisar sampai halus.
▶ Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
▶ Seterusnya, masukkan 2 juga blender air ke dalam periuk.
▶ Masak samapi mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
▶ Akhir sekali masukkan bebola daging 20 biji atau lebih ikut suka kita.
▶ Biarkan masak sampai mendidih.
▶ Sup tengah mendidih, bihun dah lembut, toskan seketika.
▶ Siapkan pula sambal kicapnya. Kisar cili padi, bawang putih dan kicap.
▶ Kisar sampai semuanya hancur.
▶ Terus masukkan dalam kuali, masak sampai likat. Tak perlu kisar dengan air, tak perlu masak dengan minyak.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Rahsia Buat Kek Pisang Moist Dan Lembut. Guna 5 Bahan Ni Je Tau!
Wah! Bila dah siap macam ni, rasa tak sabar nak makan. Bolehlah hidangkan bersama dengan bahan tambahan yang lain seperti bawang goreng, kobis, daun sup dan limau jika suka.
Resepi ni simple dan senang nak buat. Andai ada yang teringin nak makan bakso bihun simple, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni. Confirm makan bertambah-tambah.
Bila buat sendiri, rasa puas hati sebab boleh makan banyak mana dan boleh makan bila-bila masa. Bertambah gembira sebab bakso bihun ni merupakan makanan kegemaran satu kelaurga. Senang tak perlu nak masak pelbagai masakan kalau ada yang tak suka. Seemoga resepi ni bermanfaat!