Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Nasi Kari Kambing Adabi Yang Marvellous. Serious Sedap Dan Memang Wajib Cuba!
Tahu tak sekarang ni ada kari kambing brand Adabi? Perrgh! Seriously korang wajib cuba dan follow resepi ni. Rasa dia memang sedap dan sesuai nak buat makan ramai-ramai hujung minggu.
Ala-ala nasi tomato, nasi minyak, nasi ayam. Tu semua kan dah biasa makan. Nasi Kari Kambing Adabi ni serious cannot brain!
Perkongsian dari Cik Puan Kak Amy Zuraidah ni dia share cara nak masak nasi kari kambing menggunakan kari kambing Adabi ni. Agak susah nak dapat kat kedai-kedai biasa. Tapi kalau nak cuba, boleh dapatkan dekat Shoppee.
RESEPI NASI KARI KAMBING
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Beras faiza kashmir basmathi 5 pot cawan sedang
- 2 tin kari kambing adabi
- 2 biji bawang besar hiris
- 4 sekawan
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu butter + 2 sudu minyak masak
- Tomato dadu sebiji
- ½ setengah tin
- Garam 1 sudu kecil
- Akar ketumbar
CARA PENYEDIAAN NASI KARI KAMBING :
▶ Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6org)
▶ Beras faiza kashmir basmathi 5 cawan sedang (dicuci /rendam 15 minit)
▶ Dalam kuali lain, panaskan Marjerin dan minyak
▶ Tumis sampai wangi bawang besar/ masukkan 4 sekawan/ tomato dadu / daun pandan
▶ Masukkan kari kambing gaul sebati
▶ Masukkan susu cair
▶ kemudian, masukkan akar ketumbar
▶ Masuk garam sikit
▶ Seterusnya curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lepas tu on kan suiz periuk nasi kita.
▶ Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
▶ Masa nak kering nanti tu bole la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi..
▶ Dah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp
Nasi kambing ni sedap makan dengan ayam masak merah kan? Jadi saya sertakan sekali resepi masak merah dari perkongsian yang sama. Jom!
BACA JUGA: Aneka Masakan Daging Yang Lembut Lazat. Resepi Sedap Ala Kenduri!
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ayam
- Susu cair suku tin
- 3 sudu besar sos cili
- Perasa (maggi cukup rasa)
- Serai
Bahan kisar :
- Segenggam cili merah besar
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Halia sikit
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :
▶ Ayam dipotong kecil-kecil. Kemudian gaulkan dengan sedikit gram dan kunyit
▶ Goreng separuh masak. Angkat dan toskan minyak.
▶ Kisar semua bahan kisar.
▶ Guna minyak ayam tadi, tumis sampai pecah minyak bahan kisar tadi.
▶ Kemudian masukkan serai. Biarkan seketika
▶ Masukkan ayam yang digoreng tadi. Masukkan bahan lain seperti susu cair, sos cili, perasa dan garam.
▶ Masak ayam empuk. Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan.
Nasi ni sedap kalau dihidangkan bersama ayam masak merah dan jelatah. Barulah lengkap rasa dan hidangan istimewa kita ni nanti.
Jadi, nasi dah masak dan ayam masak merah pun dah siap. Wangi dua masakan ni memang terbaik! Satu rumah boleh bau nasi kari kambing ni dan tak sabar nak mula menjamu selera.