Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Nak Makan Ayam Penyet Ala Wong Solo? Jom Buat Secara Homemade. Buat Resepi Niaga Pun Boleh!
Seperti yang kita tahu Wong Solo merupakan restoran yang terkenal dengan masakan Jawa. Ayam penyet merupakan salah satu daripada menunya. Hari ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi ayam penyet ala Wong Solo yang anda boleh cuba dirumah.
Kenapa ramai yang gemar dengan ayam penyet Wong Solo ini? Nak tahu tak, rata-rata yang dah pernah makan di restoran Wong Solo ini mesti memberikan komen yang positif tentang lauk sambal belacannya. Padu sangat rasanya!
Di Wong Solo juga pelbagai hidangan yang ada, ayam bakar, pecel lele dan macam-macam lagi. Semua hidangan ini disertakan dengan sambal belacannya yang begitu sedap. Mana taknya resepi original jawa Indonesia tau.
Resepi ayam penyet ala Wong Solo ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Maya Miera. Beliau juga menggunakan resepi yang sama untuk berniaga. Mesti laku keras kan. Syukur Alhamdulillah.
Banyak juga ‘like’ dan ‘share’ hasil perkongsian beliau difacebook. Itu telah membuktikan resepi ayam penyet ini sangat digemari rakyat Malaysia. Sehinggakan cawangan masakan ala Jawa telah dibuka di Malaysia.
RESEPI AYAM PENYET ALA WONG SOLO
Cukup laris jualan ayam penyet ini. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana pula cara penyediaannya. Pasti ramai yang tak sabar mencubanya kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 ketul ayam (bahagian paha)
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Serai
- Daun bay
- 3 labu bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Cabai hidup
- Cabai melaka merah
- Cabai melaka hijau
- Belacan
- 2 biji tomato
- Asam jawa
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung ubi
- 1 biji telur
- 2 kiub ayam
- Kicap ABC
- Gula putih
- Gula melaka
- Garam
- Minyak masak
- Tempe
- Tauhu
- Salad
- Timun
CARA PENYEDIAAN AYAM PENYET ALA WONG SOLO :
Cara penyediaan ayam rebus :
▶️ Kisar kunyit bersama bawang putih. Kemudian, masukkan bahan kisar dalam periuk merebus ayam.
▶️ Masukkan sekali serai, lengkuas, daun bay, kiub ayam dan garam. Rebus sehingga ayam masak.
▶️ Ambil dalam 1/2 jug air rebusan ayam dan sejukkan. Air rebusan ayam tadi akan digunakan untuk membuat kremes.
Cara penyediaan sambal belacan :
▶️ Goreng tomato, semua bawang, belacan dan semua jenis cili.
▶️ Goreng sehingga layu, kemudian blend kasar.
▶️ Masak semula dalam kuali. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa. Masak sehingga bertukar warna gelap.
Cara penyediaan cili kicap :
▶️ Tumbuk bawang putih setengah labu dan segenggam cili melaka. Kemudian, tuangkan kicap ABC dan gaul.
Cara penyediaan kremes :
▶️ Satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, telur dan masukkan air rebusan ayam. Pastikan air rebusan ayam kena sejuk.
▶️ Satukan semua dan goreng. Boleh rujuk video yang beliau kongsikan difacebook.
Cara penyediaan ayam penyet, tauhu dan tempe goreng :
▶️ Ayam yang direbus tadi, diangkat dan ditoskan. Celup dalam adunan kremes dan goreng.
▶️ Goreng juga tauhu dan tempe macam biasa.
Cara penyediaan nasi :
▶️ Nasi dimasak seperti biasa. Kalau guna beras wangi lagi sedap. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Tauhu Sumbat Daging Yang Rangup diluar Dan Padu Intinya. Macam Begedil Tapi Bukan!
Siap semua lauk pauk yang dimakan bersama ayam penyet. Selain daripada sambal belacan, kermes juga merupakan salah satu lauk yang akan menaikkan lagi rasa sedap dalam hidangan ayam penyet.
Kremes akan digoreng garing, digaul dan dimakan dengan nasi putih. Rangup dan boleh bunyi kriuk kriuk masa nak makan nanti. Anda boleh lihat cara memasak kremes melalui perkongsian video di Facebook beliau.
Cuma perlu tekan link pada nama beliau di atas. Lepas ni anda boleh mencuba sendiri resepi ayam penyet ala Wong Solo ini dirumah. Lebih jimat dan lebih puas hati. Semoga resepi ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!