Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Menu Popular Di Bulan Ramadhan Iaitu Bubur Lambuk Versi Pantai Timur. Sedap Dan Pasti Nak Lagi!

0 145

Pernah cuba bubur lambuk versi Pantai Timur? Bubur lambuk merupakan menu yang sangat popular dibulan ramadhan. Bubur lambuk juga biasanya akan dibuat secara beramai-ramai di masjid yang kemudiannya diagih-agihkan kepada orang ramai.

Suasana memasak bubur lambuk ini sangat meriah. Mana taknya ramai juga penggemarnya. Bubur lambuk juga terdapat banyak versi. Ada juga versi yang simple dan hanya menggunakan sedikit bahan sahaja.

Bubur Lambuk utara berbeza dengan bubur lambuk pantai timur. Di utara, ianya bergantung pada rasa rempah dan bahan-bahan sampingan lain seperti asin yang melengkapkan rasa menyeluruh bubur lambuk tersebut.

Manakala bubur lambuk Terengganu pula mementingkan keseimbangan rasa antara tiga bahan utamanya iaitu santan, isi ikan dan juga ulam-ulaman. Walaupun cara penyediaannya sekali setahun, tetapi popularitinya tak pernah kurang.

Atas permintaan peminat bubur lambuk versi pantai timur, disini Cik Puan Cher HaniLuna telah berkongsi resepi bubur lambuk air tangan ayahandanya. Pasti ramai yang tak sabar nak tahu bagaimana cara penyediaannya kan.

 

RESEPI BUBUR LAMBUK VERSI PANTAI TIMUR

Resepi bubur lambuk banyak menggunakan pucuk atau ulam-ulaman yang berkhasiat seperti daun miding dan juga pucuk paku merah. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan pucuk dan ulaman :
  • Pucuk midin merah (Daun utama dan paling banyak dimasukkan)
  • Daun cekak manis/daun asing asing (kurang sikit daripada pucuk midin)
  • Daun munggai (kuantitiyang sama dengan daun cekak)
  • 2 ikat Daun kesom
  • 2 helai Daun kunyit
  • 1-2 ikan Daun selaseh/ daun kemangin
  • 2 ikat Daun kadok

 

Bahan-bahan untuk sukatan 5 – 6 pot beras :
  • 1 kilo ikan selayang (dipanggang tawar)
  • Sepeket ikan tamban kering (direbus)
  • 2 kilo santan lebih kurang
  • 8 – 10 biji bawang merah/ bawang besar (dikisar)
  • 10 ulas bawang putih(dikisar)
  • 2 – 3 sudu Lada hitam yang (ditumbuk halus)
  • 3 – 4 batang serai (dititik)
  • 1 – 2 biji ubi keledek (dipotong 4 atau 6)
  • Garam dan aji secukup rasa

CARA PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK VERSI PANTAI TIMUR :

▶️ Rebus beras macam nak masak bubur. Pastikan apinya kecil supaya beras cukup masak, cukup kembang dan tak hangit. Sentiasa kacau.

▶️ Sambil tunggu beras menjadi bubur, boleh siang ulam-ulaman.

▶️ Ikan selayang tu dipanggang dan diperisi. Buang tulang macam nak buat kuah laksa. Lepas tu blend isi ikan sehingga halus. Nak mudah tambahkan sedikit air.

▶️ Rebus dan perisikan juga ikan tamban sepeket. Kemudian, ambil isinya sahaja. Campurkan sekali dengan ikan selayang dan kisar kedua-duanya. Kalau nak blend asing pun boleh.

▶️ Bila bubur dah cukup kembang, masukkan serai dan bawang yang siap dikisar tadi.

▶️ Masukkan juga ikan selayang dan ikan tamban kering yang telah dikisar tadi.

▶️ Masukkan santan, lada hitam dan ubi keledek. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.

▶️ Masukkan daun dan ulam-ulaman. Sambil masuk sambil kacau semua bahan sehingga rata.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Khasidah Yang Lemak Dan Manis. Lagi Banyak Bawang Goreng Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas memang sedap. Biasanya dibulan ramadhan, dah masak macam ni bubur lambuk akan dimasukkan kedalam bekas kecil dan diedarkan pada orang kampung.

Tapi, boleh juga dimasak selain bulan ramadhan. Manalah tahu nak makan bubur lambuk hari-hari biasa. Nak tunggu bulan ramadhan pun setahun sekali kan. Jarang orang nak jual bubur lambuk ni.

Sebab sifatnya yang dibuat untuk diagihkan dengan orang ramai dibulan ramadhan. Berbuka dengan bubur lambuk sudah menjadi kebiasaan. Semoga resepi bubur lambuk versi pantai timur ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open