Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Nasi Arab Tanpa Guna Rempah. Lagi Jimat Dari Makan Kat Luar!

0 134

Yang teringin nak makan nasi Arab atau nasi mandi, boleh la try buat kat rumah. Follow je resepi nasi Arab tanpa guna rempah ni. Resepi mudah nak faham. Rasa nasi Arab pun dah sama macam kat kedai. Ramai tau yang follow resepi ni.

2 tahun lepas aku pegi umrah dengan mama abah. Aku risau giler part makan ni. Sebab aku tak berapa suka cuba-cuba makanan baru. Kat Malaysia pun aku tak pernah pegi makan nasi Arab. Alhamdulillah, sampai kat sana aku memang tak pilih apa makanan. Semua masuk mulut je. 

Ustaz aku cakap bila sampai kat sana, macam-macam ujian kita boleh dapat. Salah satunya part makan. Kalau kita memilih makanan pun, salah satu ujian. Aku dah mula risau bila sampai sana. Tapi, bila kita fikir baik, insyaAllah yang datang pun semuanya baik-baik belaka.

Lepas balik daripada umrah, aku asyik-asyik cari je nasi Arab. Rasa tekak nak makan. Terus aku cari resepi nasi Arab kat Facebook. Finally, resepi dari Cik Puan Norashikin Ismail jadi pilihan hati aku. Nampak mudah sangat nak buat dan resepi pun jelas untuk difaham. Korang try la resepi ni nanti. 

Nasi Arab kat sana aku tak tahu la dia pakai rempah apa. Tapi dalam resepi ni kita tak perlu guna rempah ye. Terus aku terfikir, kalau takde rempah macam mana nak jadi nasi Arab. Hurmm, unik resepi ni. Kena ambil tahu macam mana resepi nasi Arab di masak tanpa rempah.

 

RESEPI NASI ARAB TANPA GUNA REMPAH  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi Arab ni. Esok hujung minggu boleh la buat kat rumah. Lagi jimat dari makan kat luar tau.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan untuk rebusan ayam, sup & nasi : 
  • 1 ekor ayam potong 4
  • 1 biji tomato belah 4*
  • 1 bji bawang besar belah 4@6*
  • 1 sk jintan manis (biji)*
  • 1 sk ketumbar (biji)*
  • 2 sk lada hitam*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 sk rempah kurma (boleh juga guna 2sb)
  • Akar ketumbar
  • Garam

 

Bahan untuk nasi : 
  • Tumis bawang besar setengah biji mayang*
  • halia seinci & 3 sekwn*
  • 2sb mentega *
  • Air rebusan ayam
  • 1 cwn beras 1 1/2 cwn air (Basmathi)
  • Garam

Bahan sambal arab : 
  • Cili api & cili merah
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam & gula
*Blend + jus lemon

Bahan salatoh : 
  • Timun dadu
  • Tomato dadu
  • Bawang besar dadu
  • Garam & Gula
*Satukan semua dan perah lemon

 

Bahan untuk ayam yang nak versi bakar : 
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Brown sugar / madu (guna madu)
  • Minyak masak (2 sdb)

*Perap ayam seketika & bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 20-30 minit.

CARA PENYEDIAAN NASI ARAB TANPA GUNA REMPAH :
Cara penyediaan rebusan ayam, sup & nasi : 

▶️ Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye. Masuk je macam tu. Nak kuah lebih tambah sikit bahan-bahan.

▶️ Untuk nasi, tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yang siap dicuci.

▶️ Tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi.

 

BACA JUGA : Resepi Pancake Pisang Krabi Semudah ABC Yang Paling Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

 

Ha, seperti yang kita tahu. Orang Arab tak makan beras macam kita ye. Dia guna beras panjang-panjang macam Basmathi untuk masak nasi. Setiap pinggan di isi dalam kuantiti yang banyak pulak tu. Kalau makan sorang memang susah nak habis.

Tu la kelebihan masak nasi Arab sendiri kat rumah. Portion nasi tu korang boleh adjust nak banyak ke sikit. Takde la bazir macam makan tak habis kat kedai makan kan. Yang bestnya resepi ni dapat sekali resepi ayam bakar dalam oven. Boleh pilih nak ayam bakar atau ayam masak dalam periuk nasi.

Masak ayam dalam periuk nasi ni lebih lembut ye. Dua-dua cara pun ada rasa enaknya tersendiri. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norashikin Ismail kerana sudi berkongsi resepi nasi Arab tanpa guna rempah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open