Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Keropok Lekor Cheese Homemade. Guna Ikan Temenung Je, Memang Sedap!

0 930

Pernah makan tak keropok lekor cheese? Keropok Lekor merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Terengganu serta makanan yang wajib dibeli sebagai buah tangan sekiranya datang melawat ke Terengganu.

Keropok lekor juga menjadi salah satu makanan yang sering dihidangkan ketika minum petang di Negeri Terengganu. Ianya juga semakin banyak dijual dimana-mana sahaja selain didapati di Terengganu.

Keropok lekor boleh dibuat sendiri secara homemade. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan ikan tamban, ikan selayang, ikan kerisik atau macam-macam lagi. Kali ini, anda boleh ikuti resepi keropok lekor yang menggunakan ikan temenung pula.

Perkongsian resepi kelopok lekor hari ini menggunakan cheese dibahagian dalamnya. Nak tahu cara penyediaannya? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan MissAishah Omar melalui laman facebooknya.

Pasti ramai yang tercari-cari resepi keropok lekor cheese yang mudah dibuatkan. Cara penyediaannya sangatlah mudah dengan menggunakan 5 bahan sahaja anda dapat menghasilkan keropok lekor yang lembut dan sedap.

 

RESEPI KEROPOK LEKOR CHEESE HOMEMADE : 

Selain ikan, bahan utama yang digunakan dalam penyediaan keropok lekor ini adalah tepung ubi. Cheese merupakan bahan tambahan sahaja. Cheese akan dimasukkan dalam adunan doh untuk dijadikan inti didalamnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi ikan temenung
  • Tepung ubi
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cheese (Optional)
  • Air untuk rebus

CARA PENYEDIAAN KEROPOK LEKOR CHEESE HOMEMADE :

▶️ Isi ikan diblend terlebih dahulu. Jangan letak air yang banyak, sikit sahaja.

▶️ Kemudian, masukan tepung ubi, garam, serbuk perasa dan gaul sebati sampai menjadi doh.

▶️ Bulatkan dan masukan cheese dibahagian dalamnya. Tutup doh dan gulung memanjang.

▶️ Masukan ke dalam air yg telah mendidih. Rebus hingga timbul.

▶️ Bila dah timbul macam kuih buah melaka tu, angkat dan gaul dengan minyak supaya tidak melekat.

▶️ Goreng dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Temenung Bakar Air Asam Yang Simple, Cepat Dan Sedap. Makan Dengan Ulam-Ulam Memang Seronok!

 

Bila dah siap, boleh asingkan. Separuh masuk peti dan frozenkan, separuh lagi boleh digoreng. Keropok lekor yang rangup dan padat dengan isi ikan ini sangat memikat selera. Bukan itu sahaja, cicahkan dengan sos. Memang padu!

Keropok lekor boleh dimasak dengan cara rebus dan juga goreng. Selain dijadikan juadah minum petang, ianya juga sesuai di makan bila-bila masa lapang anda. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila-bila nak makan goreng je.

Lepas ni tak perlu beli keropok lekor diluar lagi. Buat sendiri lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Penggunaan bahan pengawet juga akan terkawal. Semoga resepi keropok lekor cheese homemade ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open