Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Tomyam Dengan Ikan Siakap. Unik Tapi Serious Sedap!
Kalau ada ikan siakap dekat rumah, boleh cuba buat ikan siakap tomyam ni. Pelikkan nama dia, tapi sekali rasa je confirm korang akan suka. Masakan Thai ni siapa je yang tak suka kan.
Sebelum ni ikan siakap tiga rasa, ikan stim Thai dan kalau tomyam pun ada tomyam campur, pok tek dan sebagainya. Tapi siapa sangka kali ini punya resepi buat tomyam tapi guna ikan siakap.
Biasa kalau sebut tomyam, mesti dalamnya ada ayam kecil-kecil, hirisan daging, udang, sotong, serai, daun limau purut dan lain-lain. Tapi, dengan ikan siakap di dalamnya memang satu menu baru bagi kita kan.
Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan Noor Hafiza Mohamad. Nampak berselera pula bila tengok gambar hasil ikan siakap tomyam ni. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat tomyam juga Cuma tambah ikan siakap sahaja sebagai bahan utama.
Simpankan dulu resepi ni supaya nanti boleh buat bila ada kesempatan. Nanti bila ada ikan siakap boleh lah cuba. Hidangkan dan makan dengan nasi panas pun sedap!
RESEPI SIAKAP TOMYAM
Jika ada yang nak gunakan resepi tomyam ni dengan ikan lain pun boleh. Terpulang kepada selera kita. Sebab ada yang tak suka siakap kan. Jadi, nak guna ikan apa pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Pes tomyam
- 4 batang serai ( hiris )
- ½ inci lengkuas ( hiris )
- 4 ulas bawang putih ( hiris )
- 1 akar ketumbar ( ketuk )
- Sos ikan
- 2 kiub pati ayam
- 1 sudu gula ( gula perang )
- 1 biji limau nipis
SAYUR :
- Bawang holland
- Tomato
- Bunga kobis
- Kobis
- Daun limau purut
- Cili
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP TOMYAM :
▶ Mula-mula sekali, masukkan serai, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar yang dihiris tadi dalam periuk bersama ikan siakap. Serai tu separuh sumbat dalam ikan siakap.
▶ Ikan tu letakkan dalam periuk. Dan masukkan bahan-bahan tadi dalam periuk bersama ikan. Masukkan air dan didihkan sekejap.
▶ Kemudian, masukkan pes tomyam dan kacau biarkan mendidih dulu. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu.
▶ Seterusnya, masukkan sos ikan jika ada. Kacau lagi sampai sebati.
▶ Bila dah mendidih dan rasa sebati, masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu gula perang. Jika tiada, boleh gunakan gula biasa.
▶ Kuah tomyam dah mendidih, masukkan semua sayuran yang kita nak gunakan. Jika suka extra sayur, boleh masukkan ke dalam tomyam kita
▶ Akhir sekali, perah sebiji limau. Tutup api. Dan taburkan daun ketumbar.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Sotong Masak Paprik Ala Thai. Garenti Sedap!
Ada yang suka extra masam, jadi boleh lebihkan perahan limau nipis. Sedap makan siakap tomyam ni, dengan telur dadar serta sambal belacan. Memang padu dan layanz!
Barulah puas nak makan tomyam kalau dihidangkan dengan ikan siakap ni kan. Biasanya makan dengan ayam lah, daging lah, sotong lagi atau udang kan. Nak makan berebut dan serba salah nak ambik lauk banyak-banyak.
Bila gunakan ikan siakap, puas makan sebab isinya banyak. Dan tomyam ni biarkan sedikit pedas. Baru ngam nak makan dengan nasi panas tu. Yang mana nak buat, boleh follow je resepi ikan siakap tomyam yang saya kongsikan ni. Confirm jadi!