Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Roti John Cheese Leleh Yang Special. Rugi Tak Cuba, Sedapnya Sampai Menjilat Jari Tau!
Ada yang nak buat roti john homemade? Apa kata kita follow resepi roti john cheese leleh yang special kat blog ni. Mudah sangat nak buatnya. Hasilnya pula, sampai boleh menjilat jari. Sedap sangat!
Inti roti john pula boleh dipelbagaikan. Contohnya inti ayam, daging, telur, sardin dan macam-macam lagi. Yang paling popular sudah tentunya ayam dan juga daging. Inti roti john perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ditekap pada roti.
Menjelang bulan ramadhan, roti john antara juadah yang pastinya jadi perhatian ramai di bazar ramadhan. Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membelinya. Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa sebab ianya cukup mengenyangkan.
Sepotong roti john biasanya sudah cukup untuk dijadikan alas perut semasa berbuka. Tak boleh nak makan berat-berat dulu. Susah nak taraweh nanti. Selain dibulan ramadhan, roti john juga boleh dimakan dihari-hari biasa.
Untuk mereka yang ingin mencuba resepi roti John ini dirumah, dialu-alukan untuk mencuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ini. Puas hati dengan hasilnya. Intinya padat dan cheesenya pula meleleh sehingga menjilat jari.
RESEPI ROTI JOHN CHEESE LELEH
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya dirumah. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 350g ayam/ daging kisar
- 1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
- 3 sudu besar serbuk kari ayam dan daging adabi
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar garam
- 1sk serbuk lada putih
- 1sk ajinomoto
- 7 biji telur gred A/ B
- 70ml minyak untuk menumis
- Roti sosej/ roti john
- Sos cili
- Mayonis
- Sos salad (thousand island)
- 50g salad (dihiris halus)
- 100g sobis (dihiris halus)
- 90g lobak (diparut halus)
*Adunan ni dapat 9-11 biji roti john yang kecil.
CARA PENYEDIAAN ROTI JOHN CHEESE LELEH :
▶️ Mula-mula, tumis dulu bawang besar sehingga kekuningan.
▶️ Dah kekuningan masukkan serbuk kari. Tumis dan kacau hingga sebati.
▶️ Dah sebati masukkan ayam kisar. Boleh juga guna daging kisar. Masak sehingga ayam bertukar putih atau daging menjadi empuk. Kalau daging belum empuk, boleh tambahkan sedikit air.
▶️ Bila ayam dah masak masukkan gula, garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. Kacau hingga sebati. Masak jangan terlampau kering. Dah masak bolehlah angkat.
▶️ Dalam mangkuk lain pukul telur hingga sebati.
▶️ Bila dah sebati masukkan ayam yang telah dimasak tadi. Kacau hingga sebati.
▶️ Potong ditengah-tengah roti john tadi. Lepas tu sapukan butter atau majerin.
▶️ Dalam pan non stick atau kuali masukkan sikit butter. Ratakan ketepi.
▶️ Masukkan 1-2 senduk adunan dan ratakan mengikut size roti yang digunakan.
▶️ Kemudian, taburkan mozarella cheese di atasnya. Kalau suka makan cheese, boleh letak banyak. Tak nak letak pun takpe.
▶️ Bila telur dah separuh masak, ambil roti tekap di tengah-tengah telur. Tekan sedikit roti supaya melekat pada telur.
▶️ Bila dah masak terus terbalikkan roti dalam pinggan.
▶️ Untuk sayur, boleh letak lobak, kobis dan salad. Nak letak banyak mana ikut kesukaan masing-masing. Letak bahagian bawah sahaja.
▶️ Roti john tanpa sos tak lengkap rasanya. Jadi, picitkan sos cili, mayonis dan sos salad (thousand island). Rasanya akan bertambah sedap.
▶️ Dah siap bolehlah terbalikkan bahagian atas roti. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Laksa Ala-Ala Aeon Mall. Memang Sama Betol Rasanya, Confirm Ketagih!
Anak-anak mesti suka dan berebut nak makan. Cheesenya pun nampak tertarik-tarik. Memang special resepi ni sebab intinya lain dari inti roti john yang biasanya kita beli kat pasar malam tu. Sedap sangat, rugilah tak cuba!
Untuk penggunaan roti sosej, anda boleh gantikan pada roti panjang. Tapi, lebih mudah menggunakan roti pendek. Nak masak guna kuali pun senang! Nampak padat sungguh inti roti john ni. Puas hati rasanya!
Bila kita buat roti john ni sendiri kat rumah, kita boleh penuhkan intinya ikut suka. Mungkin kalau beli kat luar tak dapat yang sama macam ni. Semoga resepi roti john cheese leleh ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!