Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Ulam Kampung. Resepi Turun Temurun Yang Wajib Cuba!
Kalau sebut nasi ulam teringat dekat opah dekat kampung. Setiap kali puasa, bila berbuka wajib ada nasi ulam air tangan opah. Ada yang salah faham, ingatkan nasi kerabu. Tapi nasi ulam ni lebih sedap dan ofcourse banyak gunakan ulam-ulaman kampung.
Nasi ulam ni, memang kata orang resepi turun temurun. Bukan dalam keluarga saya je, tapi sebenarnya kebanyakan keluarga akan tahu tentang nasi ulam ni.
Macam yang diperkongsikan oleh Cik Puan Eyyta Omar ni pun sama. Resepi ini merupakan turun temurun daripada arwah ibunya. Kemudian disambung oleh beliau dan akan diturunkan pula kepada anak cucu beliau kelak.
Nasi ulam macam ni, ramai yang suka. Walaupun simple je nak buat dia, tapi kegunaan ulam-ulam tu yang penting dan akan memberikan rasa yang sedap dan sihat.
Jom saya kongsikan resepi yang dikongsikan beliau. Mudah-mudahkan Panjang pahala perkongsian ini buat arwah ibu beliau kan. Korang jangan lupa untuk sharekan di wall facebook ye.
RESEPI NASI ULAM
Kalau nak buat nasi ulam ni, sebaiknya di kampung sebab ulam-ulam yang kita gunakan biasanya ada dekat kampung dan mudah nak dapat. Melainkan mudah nak dapatkan di pasar harian yang berdekatan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Nasi putih
- Ikan talang masin
- Kerisik
- Bunga kantan ( hiris halus)
- Ikan Kembung
- Lada hitam
- Bawang merah ( hiris halus)
- Serai ( hiris halus)
- Lengkuas ( racik halus)
- Halia ( racik halus)
Ulam-ulaman yang digunakan :
- Daun selom
- Daun kunyit
- Ulam raja
- Tenggek burung
- Daun kesom
- Pucuk mengkudu
- Pucuk gajus
- Daun limau purut
- Daun pegaga
CARA PENYEDIAAN NASI ULAM :
▶ Mula-mula sekali, basuh bersih ikan kembung. Bakar dan asingkan isinya.
▶ Kemudian, cuci bersih ulam-ulaman dan keringkan. Seterusnya racik halus-halus semua ulaman yang kita nak gunakan.
▶ Tumbuk lada hitam bersama isi ikan kembung tadi. Tumbuk sampai lumat.
▶ Satukan semua bahan-bahan dengan ikan masin talang serta sedikit garam. Perasakn jika tak cukup rasa.
▶ Akhir sekali, nasi putih dihancurkan atau diramas ( seperti buat nasi goreng) dan gaul dengan semua bahan- bahan lain.
▶ Rasa dah cukup, bolehlah sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Mudah Kuih Seri Muka Pandan. Resepi Original Guna Daun Pandan
Kalau makan nasi ulam ni, makan macam tu je pun dah sedap. Tapi, kalau nak lagi sedap, boleh hidangkan bersama keropok lekor keping, atau telur masin atau juga kerabu taugeh dengan kerang. Memang marvellous!
Biasanya memang saya dan keluarga akan makan nasi ulam opah macam ni ketika musim bulan puasa sahaja di kampung. Baru rasa feel kampung dengan ulam-ulaman tu.
Tapi sekarang ni kan masa dah berubah dengan keadaan covid yang melanda. Puasa pun di rumah sendiri. Nak balik kampung pun susah. Jadi, boleh belajar untuk buat di rumah sendiri sahaja.
Nanti cubalah, dan hidangkan nasi ulam ni kepada keluarga. Mana tahu ada yang suka dan menjadi pulak walaupun pertama kali buat kan.
Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!