Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Goreng Kerabu Sedap. Resepi Mudah Dan Wangi!
Kalau dah biasa makan nasi kerabu, tapi kali ni cuba rasa nasi goreng kerabu pulak. Dulu jarang juga boleh order nasi goreng kerabu. Tapi sekarang ni, senang dah nak order makan di kedai makan. Rasa dia memang berbeza dengan nasi kerabu biru tu.
Bila sebutkan nasi goreng, selalu kita order atau makan biasanya nasi goreng biasa kan. Nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng cina dan nasi goreng pattaya. Tak pernah terfikir nak oder nasi goreng kerabu kan.
Nak makan nasi goreng kerabu ni tak semua orang pandai buat. Silap sikit, terlebih bahan boleh buat hilang mood makan pakej sekali marah-marah. Hehe.
Pernah sekali, makan di kedai terlebih serainya. Dan sai serainya seolah dikisar kasar. Jadi bila makan rasa gatal di tekak dan putus selera jugak lah masa tu.
Mujur jumpe resepi ni dekat facebook dan nampak macam mudah nak follow dan simple sahaja bahan yang digunakan.
RESEPI NASI GORENG KERABU
Perkongsian yang dikongsikan oleh Tuan Luqman ni, sememangnya wajib dicuba oleh semua orang. Lengkap betul rasa dengan sayur ulaman yang digunakan. Kelakar betul perkongsian Tuan Wan Luqman ni yang gunakan bahasa ganu ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250 gram nasi
- Isii ayam / isi ikan / Daging / Sotong / Udang ( pilihan)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- 1 sudu kecil nampla
- 1 biji telur
- 3-4 biji Cili Padi ( ikut nak pedas mana)
- 1 ulas bawang putih
ULAMAN KERABU :
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Daun Limau
- Kacang Botol
- Serai
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG KERABU :
▶ Mula-mula sekali, semua bahan ulaman kerabu dihiris nipis.
▶ Kemudian, panaskan minyak, tumis bawang putih dan udang.
▶ Pecahkan sebiji telur, kacau telur sampai masak.
▶ Nasi putih gunakan nasi sejuk tau. Lebih sedap dan berbiji.
▶ Masukkan nasi dalam kuali dan terus kacau sampai rata.
▶ Masukkan kicap, stok ayam, dan sos ikan atau nampla. Gaul sampai semua sebati.
▶ Akhir sekali, masukkan ulaman kerabu dan gaul lagi sehingga rasa dah sekata.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh hidang macam dekat kedai!
BACA JUGA: Resepi Lepat Jagung Yang Sedap Manis. Balut Guna Kulit Jagung Jer!
Nak lagi sedap, buat 1 biji telur mata, dan hidangkan bersama. Boleh juga makan bersama sotong goreng tepung.
Siapa yang baru nak cuba buat nasi goreng kerabu ni, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. Follow je step by step, insyaAllah akan jadi yang sedap.
Dah buat, jangan lupa kongsikan dekat media sosial masing-masing ya. Mana tahu ada yang boleh dapat manfaat daripada perkongsian ni. Selamat mencuba!