Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Nasi Dagang Terengganu. Resepi Simple Dan Mudah Dengan Rasa Padu!

Nasi dagang gulai ikan tongkol
0 900

Ada orang Terengganu dalam ni? Kalau Nasi Kerabu makanan dari Kelantan, Nasi Dagang pula asalnya dari Terengganu. Bak kata orang, Tak Ganu Lah Tak Makan Nasi Dagang. Padu sangat rasa dia bila dapat makan.

Nasi Dagang ni boleh jadi simbolik kepada Negeri Terengganu selain daripada keropok losong dan juga penyu. Senang kata, sebut je 3 benda ni tahu asal dari Terengganu. Unik tapi best kan.

Bagi yang nak makan atau memang suka makan nasi dagang, sedap tau kalau pandai buat sendiri. Senang bila-bila nak makan, buat je sendiri follow resepi daripada Cik Puan Haninah Abd Rahman ni.

Bagi yang baru nak belajar buat nasi dagang ni, ikut je step by step resepi yang dikongsikan ni. InsyAllah pasti menjadi walaupun baru pertama kali cuba.

Bila dah pandai sikit nanti, bolehlah buat untuk bakal mak mertua. Untung-untung jadi bahan pancing selera keluarga kan. Bagi yang nak kawen orang Pantai Timur ni, memang kena ambik tahu macam mana hasilkan rasa yang sedap.

 

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU

Walaupun Nasi Dagang Terengganu namanya, tapi sebenanrnya ada pelbagai cara nak masak nasi dagang ni. Lain ragam, lain caranya namun yang pasti rasanya sudah pasti buat kita terangkat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Bahan Nasi :

  • 4 pot beras wangi atau
  • 1 pot beras pulut campur 3 pot beras biasa
  • 1 cawan santan cair
  • ½ cawan santan pekat
  • Bawang merah
  • Halia
  • Sedikit halba

BAHAN GULAI :
  • 1 kg ikan tongkol ( rebus dengan asam keping, garam dan gula melaka)
  • 1 paket 25 gram rempah gulai nasi dagang Terengganu.
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Beberapa biji cili padi

CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG :

▶ Basuh bersih beras sehingga bersih. Kemudian, rendamkan semalaman.

▶ Kemudian, masak santan  atas dapur. Kacau jangan berhenti sampai pecah minyak.

▶ Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Kisar sampai halus dan masukkan dalam santan yang dikacau tadi.

▶ Masukkan juga rempah nasi dagang, sedikit serbuk kunyit dan cili boh.  Jangan lupa masukkan kerisik.

▶  Kacau dan gaulkan semua bahan sehingga sekata dan masak sempurna.

▶ Seterusnya, masukkan ikan yang kita dah rebus awal tadi bersama air rebusannya. Jangan dibuang tau sebab air rebusan ikan ini, manis dan sedap rasanya.

▶ Perasakan dengan gula melaka, garam dan serbuk perasa.

▶ Dalam kuali lain, tumis cili boh dengan minyak. Masak sampai pecah minyak.

▶ Kemudian tuang ke dalam periuk gulai supaya kuah kita nampak cantik.

▶ Taburkan cili padi dan jika ada, boleh masukkan belimbing buluh.

▶ Masakkan sekejap sehingga mendidih.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

Wah! Dah siap lauk nasi dagangnya. Tapi nasi belum ditanak. Jom saya kongsikan cara-caranya.

 

▶ Kukus beras wangi untuk kali pertama. Dah masak dan kering, angkat. Curahkan santan cair. Kacau sampai santan tu diserap dengan beras kita tadi.

▶ Kukus lagi sekali. Bila dah lembut atau masak. angkat dan gaulkan pula dengan santan pekat.

▶ Taburkan dengan hirisan halia,bawang merah dan halba.

▶ Perasakan dengan sedikit garam dan tutup biarkan dalam pengukus.

▶ Nasi dah sejuk sikit, kacau sebati dan nasi sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Dorayaki Mudah Guna Sukatan Cawan. Simple Dan Anak-Anak Comfirm Suka!

 

Nak makan nasi dagang ni, selain gulai ikan tongkol, wajib ada juga acar timun dan juga sambal merah. Barulah ngam dan lengkap satu hidangan. Biasanya sambal yang digunakan adalah sambal cuka padu.

Bagi yang nak buat nasi dagang ni, senang je kan nak buat. Tapi kena buat ikut step yang betul supaya sekali buat je dah terus menjadi.

Saya harap perkongsian nak buat nasi dagang Terengganu ni, dapat membantu korang semua untuk belajar buat nasi dagang yang sedap dan marvellous. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open