Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Beriani Yang Simple Tapi Padu! Siap Dengan Resepi Geng-Geng Sekali
Kalau kita dihidangkan nasi beriani, siapa yang mampu menolak kan. Nak-nak lagi bila kita gunakan beras basmathi. Rasa sedap dia tu lain macam boleh pergi.
Silap haribulan, boleh menambah dua tiga kali. Hidangan nasi beriani ni sesuai untuk kita buat masa ada special event, hujung minggu atau nak jamu kepada tetamu yang datang.
Selain rasa yang sedap, sudah pastilah mudah sebab dah tahu apa lauk yang sesuai untuk dimasak bersama.
Tapi, perkongsian Puan Hidayati Hana kali ni bukan resepi nasi beriani sahaja bahkan resepi geng-geng nya pun ada sekali. Jom kita tengok.
RESEPI NASI BERIANI SIMPLE
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat nasi beriani adalah :
- 4 cawan beras basmathi (rendam dulu setengah jam)
- 3 sudu besar rempah beriani faiza
- Rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
- ½ cawan susu cair
- Sedikit minyak sapi/mentega
- 1 biji bawang besar (dihiris halu)
- 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 inci halia (dihiris)
- 2 helai daun pandan
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam
- Air secukupnya
- Kismis
CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI :
▶ Basuh beras, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi. Ketepikan.
▶ Mula-mula, panaskan minyak sapi atau mentega. Penggunaan minyak sapi lebih mengahsilkan rasa yang sedap dan bau yang wangi.
▶ Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. Atau sehingga warna bertukar kuning keemasan.
▶ Seterusnya, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan dan juga rempah beriani.
▶ Masukkan susu cair dan juga air secukupnya.
▶ Masukkan garam dan kiub pati ayam
▶ Bila dah menggelegak, tutup api dan curahkan ke dalam beras dalam periuk nasi tadi.
▶ Biarkan masak seperti biasa, bila dah kering titikkn pewarna kuning sikit dan taburkan kismis sebagai hiasan.
▶ Akhir sekali, taburkan bawang goreng apabila sedia dihidang.
RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat ayam masak merah adalah :
- ½ ekor ayam – digoreng dulu
- 2 cawan cili kering kisar
- 1 inci halia *
- 2 biji bawang besar *
- 4 ulas bawang putih *
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar tomato puri/sos
- 1-2 sudu besar sos tiram
- Air secukupnya
- Garam dan gula
- Bawang goreng secukupnya
- Kismis
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH :
▶ Ayam digoreng dahulu. Jika suka garing, goreng garing. Saya tak suka garing sangat sebab risau terlalu keras. Jadi asal masak sahaja.
▶ Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan yg bertanda * (bawang besar, bawang putih dan halia dikisar terlebih dahulu)
▶ Bila dah garing masukkan cili kisar
▶ Kacau sebati sehingga garing dan naik minyak, masukkan sos cili dan sos tiram
▶ Masukkan air
▶ Masukkan garam dan gula
▶ Bila dah mendidih masukkan ayam tadi
▶ Taburkan dengan kismis dan bawang goreng sebagai penyedap rasa
▶ Hiaskan dengan daun bawang
RESEPI KURMA TELUR REBUS DENGAN KENTANG
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat kurma telur ni adalah :
- 5 biji telur – rebus dahulu
- 2 biji kentang – dipotong 4
- 1 biji bawang besar *
- 3 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 peket rempah kurma
- 1 cawan santan kotak
- 1 cawan air
- Cili hijau
- Garam
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Seri Muka Jagung Yang Lemak Manis. Resepi Simple Buat Minum Petang
CARA PENYEDIAAN KURMA TELUR REBUS DENGAN KENTANG :
▶ Telur direbus terlebih dahulu dan ketepikan
▶ Blend bahan yang bertanda *
▶ Panaskan minyak masukkan 3 sekawan dan bahan blend. Tumis sehingga kekuningan.
▶ Bila dah garing masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit
▶ Tumis hingga naik minyak dan masukkan telur dan kentang
▶ Biarkan seketika dan masukkan santan dan air
▶ Perasakan dengan garam
▶ Bila kentang dah empuk, masukkn cili hijau dan taburkan bawang goreng dan tomato ceri jika suka
RESEPI AYAM GORENG MAMAK
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng mamak :
- ½ ekor ayam
- 4 ulas bawang putih – dikisar
- 2 inci halia – dikisar
- Serbuk kunyit
- Serbuk Kari
- Serbuk Cili
- Garam secukup rasa
- Daun kari
- Sedikit tepung gandum
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG MAMAK :
▶ Gaulkan semua bahan dan gaulkan dengan ayam
▶ Perap selama 1 jam hingga 2 jam. Lagi lama lagi sedap
▶ Dah siap, boleh lah goreng
▶ Boleh gorengkan daun kari dan taburkan atas ayam bila nak hidang
▶ Da siap. Ready untuk menjamu selera.
Bila dah tahu cara nak buat nasi beriani dengan geng-geng dia ni jadi senang lah nak buat bila-bila. Makan nasi beriani macam ni seronok bila makan ramai-ramai.
Nak buat tak susah, bahan-bahan pun senang je nak dapat. Untuk tambah lagi kesedapan, boleh lah gorengkan papadom. Anak-anak pun confirm akan suka.
Kepada yang baru nak cuba belajar buat nasi beriani, saya syokrkan follow je step-step yang saya kongsikan ni. insyaAllah akan dapat rasa yang terbaik. Selamat mencuba!