Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Mee Kicap Dan Sup Wantan Chinese Style. 2 Hidangan Yang Awesome!

Mee Kicap chinese style
0 8,920

Bagi masyarakat Cina, mereka popular dengan makanan mee kicap dan sup wantan. Sedapnya tu memang tak boleh nak bincang. Boleh jadi makanan favourite kita jugak lah.

Makanan ni walaupun ianya makanan cina, tapi semua orang boleh makan. Baik Melayu mahupun India, semua pakat suka makan.  Oleh itu, ada yang nak belajar macam mana nak buat mee kicap dan sup wantan?

Resepi ni mudah sangat nak buat dia. Dan kalau ikut je step by step yang dikongsikan ni confirm akan mudah jadi. Apa yang menariknya, untuk wantan pun kita buat sendiri tau isinya.

Ada yang jual frozen atau instant tapi kali ni saya kongsikan dari awal supaya mudah lepad ni boleh buat sendiri je.

Resepi yang dikongsikan daripada pemilik facebook Dari Dapur Ejarahim ni, wajar dijadikan contoh supaya kita semua boleh follow dalam menghasilkan mee kicap dan sup wantan yang sedap.

 

RESEPI MEE KICAP DAN SUP WANTAN

Lengkap resepi ni saya kongsikan macam mana nak buat wantan, sup wantan dan mee kicap wantan. Disebabkan ianya Chinese style, maka kuranglah sikit pedasnya melainkan kita letak cili padi dalam mee nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN WANTAN :

  • Isi ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Lobak merah ( potong dadu halu)
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak bijan
  • Lada sulah
  • Kulit wantan

CARA PENYEDIAAN WANTAN :

▶ Mula-mula sekali, kisar isi ayam dengan bawang putih. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.

▶ Kemudian, gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali kulit wantan. Gaul sehingga sebati.

▶ Ambil sekeping kulit wantan, letakkan isi di bahagian tengah. Sapu keliling kulit wantan dengan air sebagai gam.

▶ Bunjutkan kulit wantan tadi. boleh juga dilipat seperti karipap.  ( kelim)

▶ Asingkan seketika.

 

Dah siap wantannya, jom kita buat sup dan tengok bahan-bahannya pula. Sedap sup wantan ni sebab menggunakan minyak bawang putih.

BAHAN SUP WANTAN :
  • Beberapa ketul isi ayam
  • 2 sudu besar minyak bawang putih
  • Fishball
  • Fishball goreng
  • Lada sulah
  • 2 ketul Kiub pati ikan bilis
  • Daun bawang
  • Wantan yang kita buat tadi.

CARA PENYEDIAAN SUP WANTAN :

▶ air sehingga mendidih. Kemudian masukkan  kiub pati ikan bilis dan minyak bawang putih. Kacau sekejap dan biarkan mendidih lagi.

▶ Seterusnya, masukkan isi ayam. Sampai isi ayam dah masak, angkat dan toskan.

▶ Ayam ni nanti kita nak carik-carikkan letak atas mee.

▶ Kemudian, masukkan fishball dan wantan. Biarkan seketika sampai wantan kita masak. anggaran dalam 10-15 minit macam tu.

▶ Akhir sekali, renjiskan lada sulah dan juga daun bawang.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

Eh! Dah boleh hiding tapi tak lengkap kalau tiada mee kicap wantan ni. Memang puas kalau dapat makan waktu masih panas-panas sup ni. lalu dekat tekak tu, ya ampunn sedapnya.

 

BAHAN MEE KICAP
  • 1 paket mee wantan
  • Sawi bunga ( celur)
  • Minyak bijan
  • 4 sudu besar minyak bawang putih
  • 2 sudu besar kicap pekat ( kicap mee)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN MEE KICAP :

▶ Satukan semua bahan dalam satu bekas kecuali sawi dan juga wantan mee untuk hasilkan kuah kicap. Pastikan semua tergaul sebatii ye.

▶ Kemudian, leraikan wantan mee. Didihka air dalam periuk dan rebus sekejap sehingga lembut. Lebih kurang selama 10 – 15 minit. Dah cukup masa, angkat dan toskan.

▶ Tuang kicap tadi ke dalam mee kita. Gaulkan sebati mee dengan kuah kicap tersebut.

▶ Akhir sekali, hidangkan dalam pinggan bersam sawi bunga, ayam yang diracik dan juga daun bawang.

▶ Siap dan sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Butter Chocolate Rice. Lembut Dan Gebu!

 

Kali ini barulah siap sepenuhnya resepi mee kicap dan sup wantan ni. Simple je kan nak buat kedua-duanya. Seronok tau bila dapat belajar menu baru, yang mana ramai orang suka makan.

Jadi bila ada kesempatan tu, nak buat sendiri pun boleh pada bila bila masa. Tak perlu tunggu hujung minggu atau tunggu orang buatkan. Yang penting rasa dia marvellous sangat.

Kalau nak extra pedas, boleh sediakan sambal kicap untuk dimakan bersama. Simpan dulu resepi mee kicap dan sup wantan ni di wall, supaya ada orang lain yang turut dapat manfaat yang sama.  Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open