Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Laksa Macam Dekat Aeon Yang Sedap. Tak Sangka Resepi Mudah Ni Dapat Rasa Sebijik Macam Food Court Punya!

0 2,310

Ada yang suka makan laksa dekat food court aeon tu? Masuk je pintu maall semerbak bau kuah laksanya kan? Memang sedap bila makan dan hirup kuah confirm sampai licin. Sayang nak tinggal walau setitis. Hehe.

Ada yang suka makan dengan pes udangnya, tapi ada juga yang tak suka dan lebih gemar makan kosong sahaja. Lain orang lain citarasanya kan. Yang penting, setiap kali pergi aeon wajib makan dulu dekat situ.

Cuma sekarang ni bila pendemik nak keluar ke mall pun tak berani sangat walaupun sudah dibolehkan. Lebih suka stay dekat rumah je untuk lebih selamat. Tapi bila rasa nak makan laksa tu, gigih juga la horde dari servis penghantaran yang ada.

Rasa teruja bila jumpa cara buat laksa aeon ni ada Cik puan Hajal Aishah kongsikan dekat facebook. Gembira tak terkata dan rasa tak sabar nak mencuba! Bila tengok semua bahan-bahan ada. Terus masuk dapur dan mulakan projek laksa kita.

Saya kongsikan dekat sini incase ada yang sama macam saya yang suka makan laksa dekat aeon tu. Dapat rasa ala-ala pun dah okay kan. Lepas rindu  sikit. Saya kongsikan dekat bawah ye.

 

RESEPI LAKSA SARDIN ALA AEON

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 paket laksa
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang kecil merah
  • 2 keping asam keping
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 tangkai Daun kesum
  • 1 inci belacan
  • 1 paket pes asam pedas adabi
  • 2 tin sardin saiz kecil
  • 1 paket @ 10 biji fishball
  • Tauhu kering

 

BAHAN HIASAN :

  • ½ batang timun ulam dipotong seperti batang mancis
  • ½ biji bawang besar dipotong bulan
  • 2 biji telur rebus
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 2 biji limau Kasturi.

CARA PENYEDIAAN LAKSA SARDIN ALA AEON : 

▶ Mula-mula sekali, rebus laksa sehingga masak dan toskan. Ketepikan seketika.

▶ Seterusnya,  keluarkan sardine dalam tin tu ke dalam mangkuk.  1 tin sekali dengan sosnya. Dan satu lagi ambil ikannya sahaja.

▶ Kemudian, kisar sampai hancur sardin dan sos nya bersama dengan bawang besar, bawang kecil merah, belacan dan pes asam pedas. Jika ada nenas, boleh masukkan dan kisar sekali sampai hancur.

BACA JUGA: Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Hotel! Resepi Mudah Nak Follow Dan Rasa Dia Memang Superb!

▶ Bila dah hancur, masukkan dalam periuk. Tak perlu minyak tau! Masukkan bahan kisar, kemudian masuk sekali asam keping, bunga kantan belah 4 dulu dan susun dalam periuk.

▶ Jangan lupa masukkan sekali daun kesum bersama tangkainya. Basuh bersih je tak perlu lurutkan daun dari tangkai.

▶ Pasang api dan biarkan masak sampai mendidih.

▶ Kacau kuah laksa supaya tidak hangit di bahagian bawah. Bila kuah dah menggelegak, masukkan bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa.  Jika suka, boleh masukkan fishball dan tauhu kering.

▶ Rasakan dulu, jika rasa semua dah okay boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

Kuah dah siap, bolehlah kita hidangkan laksa dengan satu hidangan yang lengkap. Cadangan hidangan bagi laksa ni sebenarnya bergantung juga kepada tempat dan Kawasan kita. Tapi disebabkan ini adalah resepi laksa ala aeon, jadi kita hidangkan dengan cara yang sama.

CADANGAN HIDANGAN LAKSA SARDIN ALA AEON :

  • 1 cekak laksa ( untuk seorang makan)
  • Sedikit timun
  • Sedikit bawang
  • Sedikit nenas
  • ½ biji telur rebus
  • ½ biji limau Kasturi
  • Kuah ( mengandungi tauhu, dan juga fishball)

Kalau tengok pada gambar tu memang boleh buat kita berselera sangat makan laksa ni. Nak beli selalu rasa macam risau je kan. Lebih-lebih lagi dekat rumah ni memang ramai yang hantu laksa, boleh lah cuba untuk buat laksa follow resepi ni.

Nak buat laksa ni, tunggu hujung minggu baru seronok dapat jemput kawan-kawan dan ahli keluarga makan bersama. Puas hati bila sekali buat je terus menjadi! Siap ada yang puji sebijik rasa yang sama.

Kalau korang baru nak cuba cara buat laksa aeon ni, boleh ikut je resepi yang saya kongsikan ni ya. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open