Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!

0 1,752

Siapa yang pernah rasa makan burger prosperity dekat Mc Donald (McD) pasti akan tahu macam mana kelazatannya!

Setiap gigitan dia dengan patty yang tebal, sos black pepper yang padu, ditambah dengan bawang holland pasti buat kita rasa terduduk!

Perkongsian daripada Encik Faiz Fitri ini betul-betul membantu kita yang craving nak makan prosperity McD ni. Yela, burger yang satu ini kan bermusim.

So, daripada kita tunggu keluar balik, jom kita buat sendiri je! Resepi dah ada, kita follow step by step. Rasanya pasti sedap tak terkata.

 

BURGER PROSPERITY ALA MCD

Bahan-bahan yang digunakan :

  • Roti gardenia
  • Daging Ramly
  • ½ Bawang besar (potong dadu)
  • Bawang holland (hiris nipis)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 gelas Air
  • Lada hitam (serbuk + tumbuk)
  • 2 sudu besar Butter/ marjerin
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar Kicap manis
  • garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN BURGER PROSPERITY ALA MCD :

▶ Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap

▶ Uli daging ramly  dan bentukkan cam bentuk roti atau membujur Panjang (refer gambar)

▶ goreng daging dulu sekejap (cucuk- cucuk dengan garfu untuk bagi cepat masak)

BACA JUGA: Resepi Keropok Jejari 3 Dalam 1. Sekali Bancuhan Banyak Boleh Dapat. Mudah Nak Buat Untuk Kudapan Keluarga

CARA PENYEDIAAN SOS BLACK PEPPER :

▶ Panaskan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau smpai jadi keperangan.

▶ Pastu masukkan air 1 gelas  dan kacau sekata. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana korang nak.

▶ Celupkan daging yang dah digoreng tadi. Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.

▶ Siappppp.

Waah! Baca resepi je pun dah rasa tak sabar nak buat. Burger prosperity ni memang sedap makan ramai-ramai.

Buat waktu berkumpul dengan adik beradik sepupu sepapat. Baru rasa berbaloi nak buat kan.

Tengok pada bahan-bahan, senang je nak dapatkan. Pergi je supermarket terdekat dengan rumah kita, insyaAllah ada. Nak buat pun tak lama. Buat ramai-ramai lagi cepat siap.

Haa yang mana nak belajar buat untuk suami dan anak-anak ni, confirm diorang suka. Tak perlu lagi lah nak ke McD lepas ni. Order je dekat dapur sendiri.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open