Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sup Telur Pecah Yang Simple Dan Sedap. Menu Yang Pastinya Menjadi Kesukaan Anak-Anak!

0 1,062

Pernah tak cuba resepi sup telur pecah? Hidangan simple yang sudah pasti menjadi kesukaan anak-anak. Sup telur pecah ini juga lebih enak dimakan panas-panas, sekali hirup kuahnya, rasa nak tambah je lagi!

Bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah renyah disediakan. Sesuai juga dihidangkan buat mereka yang kurang sihat atau tiada selera makan. Teksturnya pula sedikit pekat kerana dicampurkan dengan sedikit bancuhan tepung beras.

Ayam perlu direbus terlebih dahulu dan dicarik-carikkan isinya. Kuahnya pula jangan dibuang kerana akan digunakan untuk penyediaan sup. Bahan lain seperti cendawan, jejari ketam dan juga jagung tin pula, tidak mempunyai sukatan tetap.

Kalau suka cendawan butang, lebihkan je penggunaannya. Begitu juga dengan jejari ketam. Anak-anak memang suka makanan jejari ketam ni. So, nak letak banyak pun boleh. Mungkin ramai lagi antara kita yang belum pernah mencuba resepi ini dirumah.

Resepi sup telur pecah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mastura Brahim. Pasti anda teruja dengan keenakkannya. Walaupun tengah masak lauk lain, sup ini juga boleh dijadikan hidangan sampingan.

 

RESEPI SUP TELUR PECAH 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan sup telur pecah ini. Yang dah pernah cuba, pasti dah ketagih nak buat sup ni setiap hari kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Sedikit Bawang besar (dipotong dadu)
  • Jejari ketam
  • Cendawan butang
  • Jagung tin
  • Isi ayam (direbus dan dicarik-carik. Jangan buang air rebusan ayam)
  • 2/3 biji telur
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air (untuk pekatkan kuah)

CARA PENYEDIAAN SUP TELUR PECAH :

▶️ Air rebusan ayam tadi di gunakan semula. Kalau kurang air tambahkan je lagi.

▶️ Panaskan air rebusan, biar hingga menggelegak atau mendidih.

▶️ Selepas itu, masukkan bawang besar dan biarkan seketika.

▶️ Masukkan ayam, kiub pati ayam dan cendawan. Kemudian gaul.

▶️ Masukkan telur. Sambil tuang telur sambil gaul sup supaya telur hancur.

▶️ Masukkan perasa. Kalau nak tambah garam, ajinomoto dan gula pun boleh.

▶️ Masukkan jejari ketam dan jagung. Kemudian, masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi. Gaul rata.

▶️ Jika kuah sup tidak pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan tepung jagung.

▶️ Biarkan seketika dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Koci Leleh Tanpa Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

 

Bolehlah dimakan panas-panas! Biasanya hidangan ringan dan bersup ini akan dijadikan lauk makan malam. Lebih sihat dari makan nasi. Hidangan pun lengkap dengan ayam dan juga sayuran.

Sekrang ni musim hujan, musim panas tak menentu. Bila sejuk, rasa nak makan bersup je. Dapatlah panaskan badan. Kalau panas pula, macam-macam benda sejuk nak dihidang. Biasanya kita akan buat air buah, tak pun puding.

Apa saja jenis sup, pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Termasuklah resepi sup pecah telur yang simple ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa save resepi ni ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open