Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Steamboat Homemade Semudah ABC. Confirm Puas Makan. Kos Pun Murah Dan Jimat!

0 249

Steamboat lagi! Puas hati buat sendiri, boleh makan puas-puas. Kos pun jauh lagi murah dan jimat banding makan kat luar. Kaki makan steamboat ni resepi steamboat homemade semudah ABC untuk korang. Follow je sebijik-sebijik.

Rumah aku akan buat steamboat time kumpul ramai-ramai je. Tak pun time hujan. Ha, steamboat ni la makanan paling sesuai jadi hidangan kami sekeluarga. Boleh layan steamboat kat rumah sambil tengok movie.

Lepas ni korang boleh share resepi semudah ABC ni dekat family korang yang kaki makan steamboat. Confirm dia nak makan kat rumah je lepas ni. Sekarang kan zaman berjimat cermat. Ha, baik masak kat rumah dari beli kat luar. Betul tak?

Meh follow resepi Cik Puan Nuraini Abdullah ni. Sangat simple ye. Tak leceh nak buat kuah steamboat bagai. Guna 2 jenis pes dan kiub ayam je. Dah jadi kuah steamboat kita.  Tak payah nak buat pes sendiri lagi. Bawang-bawang, cili-cili tak perlu sediakan pun.

Seriously, korang kena cuba resepi ni. Best buat masa kumpul ramai-ramai dengan family. Periuk masak steamboat pun banyak jual kat shopee. Murah-murah pun ada. Lepas ni nak layan steamboat sampai habis cerita Korea pun boleh.

 

RESEPI STEAMBOAT HOMEMADE

Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan steamboat homemade ni. Jangan lupa cendawan enoki ye. Baru lah syok nak makan steamboat nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 pes tom yam adabi
  • 1 pes asam pedas adabi
  • 2 kiub ayam maggi
  • 5 liter air
  • 1 pkt Mix steamboat
  • Sosej
  • Ikan fuchok goreng
  • Cendawan enoki/cendawan tiram
  • Maggi

CARA PENYEDIAAN STEAMBOAT HOMEMADE : 

▶️ Rebus air 1.5 liter dan masukkan 2 kiub ayam.

▶️ Masukkan pula 1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi.

▶️ Dah menggelegak, campurkan mix steamboat, sosej, ikan fuchok goreng dan Maggie.

▶️ Last sekali masukkan cendawan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng Sotong Simple Dan Confirm Sedap. Memang Bertambah-Tambah Dibuatnya!

 

Sumpah senang! Mak-mak yang tak berapa ada masa tapi nak makan steamboat. Baik follow je resepi ni. Jimat duit poket korang dari makan kat luar. Kuah steamboat yang kat luar belum tentu ngam dengan selera korang. Masak sendiri nak adjust-adjust rasa pun boleh.

Yang tak reti masak pun dah boleh try buat steamboat ni kat rumah. Memang menjadi! Boleh la buat untuk suami dan anak-anak nanti. Confirm nak menambah je nanti. Sampai licin kuah steamboat dibuatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nuraini Abdullah yang mencetuskan idea steamboat homemade semudah ABC ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open