Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Simple Cara Buat Maggi Goreng Special. Sedap Tak Cukup Sepinggan!

Maggi goreng special
0 1,945

Biasalah kalau sesekali waktu malam tak rasa nak makan nasi kan. Tapi perut tetap kena isi dengan makanan. Kalau tidak, belum sampai pagi dah asyik masuk dapur sebab kelaparan kan. Bila jadi macam ni, maggi goreng special lah yang jadi penyelamat.

Ada yang suka rendam macam biasa sahaja, ada yang masa katas api siap tumis lagi. Tapi ada golongan yang suka sangat buat maggi goreng. Bukan maggi goreng biasa tapi maggi goreng special tau.

Apa yang special maggi goreng ni sudah tentuk ianya mewah dengan bahan-bahan yang digunakan. Kalau dapat makan maggi goreng special ni tak cukup sepinggan tau.

Resepi maggi goreng special yang saya nak kongsikan hari ni memang lengkap dan nampak berselera sahaja. Terima kasih Cik Puan Nurul Ateekah sebab sudi kongsikan resepi yang sedap dan mudah nak buat.

Susah nak tolak kalau dihidangkan maggi goreng special macam ni. Dah kenyang pun akan rasa lapar balik bila semuanya dah siap. Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana step nak hasilkan maggi goreng special.

 

RESEPI MAGGI GORENG SPECIAL

Resepi yang saya share ni tak ada gunakan bahan biantang pun. Tapi jika kita suka bolehlah masukkan seperti isi ayam, daging, udang atau sotong. Eh, kalau ada ketam pun sedap tau!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 paket maggi kari ( masak separuh masak)
  • 3 paket perencah maggi kari
  • 3 biji telur
  • Sawi
  • Taugeh
  • 1 biji tomato
  • Lobak merah
  • 7 ulas bawang putih ( ketuk )
  • 5 biji bawang merah (hiris)
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Fishball
  • Meatball
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 ½ sudu besar sos cili
  • 1 ½ sudu kecil sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 ½ sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil light soy sauce
  • Serbuk lada putih

CARA PENYEDIAAN MAGGI GORENG SPECIAL :

▶ Mula-mula, panaskan kuali dan sedikit minyak.

▶ Kemudian, tumis bawang putih sehingga garing. Bila dah garing, masukkan bawang merah dan tumis sampai kekuningan.

▶ Seterusnya, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak.

▶ Dah pecah minyak, masukkan fishball dan meatball. Masak sebentar.

▶ Pecahkan 2 biji telur dan buat macam scramble atau hancurkan.

▶ Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, serbuk belacan, kicap manis dan perencah maggi. Gaul sekata sehingga semua bahan sebati.

▶ Masukkan sawi, taugeh, lobak merah dan tomato. Gaul lagi semua bahan.

▶ Seterusnya, masukkan sos ikan dan light soy sauce jika kurang masin. Kita tak gunakan garam tau dalam buat maggi goreng special ni.

▶ Renjiskan serbuk lada putih ke dalam kuali. Dan pecahkan 1 biji lagi telur.

▶ Akhir sekali, masukkan maggi yang sudah direndam awal tadi. Kacau supaya maggi tergaul sekata dan sebati dengan bahan rencah.

▶ Bila semua dah kena, padamkan api. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Buat Pizza Sendiri Di Rumah, Lagi Mewah Dari Makan Kedai!

 

Fuuh! Memang tak tahan betul tengok gambar nya pun. Kalau dah siap depan mata, memang laju je ngap tak tengok kiri kanan dah. Makan tengah panas, suam-suam baru sedap. Kalau sejuk, hilang selera.

Bestkan perkongsian resepi ni sebab mudah je nak nak faham. Yang mana baru nak belajar masak pun boleh ikut je step by step yang dikongsikan. Comfirmlah rasa dan hasil dia pun meletop sedap!

Saya harap perkongsian resepi Maggi Goreng Special ni dapatlah memberikan manfaat sedikit sebanyak kepada kita semua. Kalau tak sempat nak buat sekarang, simpan dulu resepi ni dan buat bila berkelapangan nanti ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open