Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sate Maggi Viral Yang Mudah Dan Sedap. Anda Wajib Mencubanya!

0 934

Resepi sate maggi atau dikenali juga sebagai maggi lilit merupakan satu resepi yang sangat unik. Hasil kreativiti penggemar maggi segera, terhasillah resepi sate maggi yang mudah dimasak dan sedap dimakan ini.

Resepi ini semakin popular dan cara penyediaannya juga terlalu mudah. Ianya merupakan hidangan yang menggunakan maggi segera dan dicampur dengan perisa maggi seperti perisa tomyam, kari, ayam dan sebagainya.

Orang kata maggi segera ni adalah menu hujung bulan ketika poket tengah kosong. Tapi sekarang tidak lagi. Maggi segera boleh dihidang dalam pelbagai cara contohnya martabak maggi, kerabu maggi dan menu terbaru iaitu sate maggi.

Resepi sate maggi yang viral ini adalah hasil perkongsian daripada seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Noor Bahiah Nordin. Penggemar sate wajib cuba resepi ni. Pasti anda sukakannya.

Maggi segera ini juga dikelurkan dengan pelbagai perisa. Dengan itu, rasa sate maggi ini bergantung kepada pilihan perisa maggi yang anda pilih. Nak dapatkan rasa tomyam gunalah maggi tomyam dan begitu juga sebaliknya.

 

RESEPI SATE MAGGI

Nak tahu cara penyediaan sate maggi yang sedap ini? Jom follow langkah-langkah penyediaanya. Ikut saja satu persatu, confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 peket big kari
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Lidi untuk mencucuk
  • Perisa maggi boleh guna perisa tomyam/ayam atau apa apa perisa ikut selera masing-masing.

CARA PENYEDIAAN SATE MAGGI :

▶️ Rendam maggi dengan air panas sehingga agak sedikit lembut dan toskan. Pastikan jangan terlalu lembik.

▶️ Selepas toskan air rendaman, tabur serbuk kari maggi, rata dan gaul hingga sebati.

▶️ Kepal kepalkan bagi padat maggi tersebut. Kemudian, bentukkan bagi lonjong dan cucuk dengan lidi.

▶️ Seterusnya, rendam dan ratakan dengan telur dan tepung yang sudah di sebatikan.

▶️ Goreng sate maggi hingga kekuningan dan angkat. Bila agak sejuk sedikit, boleh la dimakan.

▶️ Hasil daripada 3 peket maggi big kari, anda akan perolehi  30 cucuk sate maggi.

 

BACA JUGA: Resepi Bendi Goreng Tepung Yang Rangup. Sesuai Buat Anak Yang Tidak Gemar Dengan Sayuran. Ibu-Ibu Wajib Cuba! 

 

Wow! Semudah ABC cara penyediaannya. Cuma perlu goreng saja sate maggi dengan menggunakan tepung jagung. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan dengan sos dan juga mayonis.

Biasanya, sate yang kita jumpa dipasar malam perlu dibakar kan? Tapi, untuk sate maggi kali ini tak perlu dibakar. Sekali sekala tukar sate ayam, daging kepada sate maggi syok juga. Resepi ini juga sesuai jadi hidangan minum petang bersama keluarga.

Nak gembirakan anak-anak pun mudah je. Hidangkan saja sate maggi confirm mereka gembira. Siapa je tak suka makan maggi kan. Maggi tetap dihati. Semoga resepi sate maggi ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open