Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Tempoyak Yang Power Rasanya. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya! 

0 1,170

Jom buat resepi sambal tempoyak. Hilang diet dibuatnya. Rasa sambal tempoyak ni tak terkata, memang power! Yang paling penting mudah je nak buat. Bahan wajib yang perlu ada ialah tempoyak. Musim durian ni, tempoyak mesti jadi pilihan ramai.

Resepi sambal tempotak ini mempunyai campuran ikan bilis dan petai dalam penyediaannya. Ikan bilis perlu digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur dengan bahan lain. Manakala petai pula akan dimasak bersama sambal.

Sesetengah orang, bila musim durian mulalah mencari idea resepi baru yang menggunakan durian. Tapi sambal tempoyak antara pilihan mereka. Penggemar tempoyak akan memilih untuk membuat hidangan sambal tempoyak ini.

Nasi bujang pun boleh juga, cuma perlu sambal tempoyak dan telur dadar sahaja dah cukup. Confirm bertambah nasi dibuatnya! Sambal tempoyak ini lagi pedas lagi sedap! Ditambah pula dengan petai yang dimasak sekali dengan sambal. Rasa rangup je.

Resepi sambal tempoyak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Sanah Anna. Penggemar tempoyak dah boleh cuba buat sambal ni sacara homemade. Nak buat stok pun boleh.

 

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK 

Bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah renyah dan tak banyak pun. Penggunaan ikan bilis lebih sedap menggunakan ikan bilis mata biru. Tapi nak guna yang biasa pun boleh. Nak garing pula boleh pilih ikan bilis yang dah dikopek.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cili api hijau dan merah (ikut suka)
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 cawan Tempoyak
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Sedikit Daun kunyit
  • Petai

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TEMPOYAK :

▶️ Tumbuk cili dengan 1 sudu kecil garam.

▶️ Siap tumbuk, gaulkan dengan 1 cawan tempoyak atau terpulang banyak mana yang anda suka. Lagi banyak lagi sedap.

▶️ Dah siap gaul, tumis cili yang ditumbuk tadi. Kemudian, masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng.

▶️ Gaul sampai rata. Seterusnya, masukkan daun kunyit sedikit dan gaul lagi.

▶️ Last sekali, masukkan petai dan gaul sekejap je. Biarkan petai jadi rangup.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Popia Susu Guna 3 Bahan Je. Mudah, Sedap Dan Anak-Anak Pun Suka!

 

Mudahkan! Purgh baunya memang padu. Sambal antara lauk paling simple yang pasti menjadi kesukaan ramai. Tak kira apa saja jenis sambal pasti ada penggemarnya yang tersendiri.

Sambal tempoyak ini juga boleh dimakan dengan ikan goreng dan nasi putih panas-panas. Tanpa lauk lain pun dah cukup. So, untuk penggemar sambal tempoyak bolehlah cuba resepi ni.

Lepas ni dah boleh buat sambal tempoyak homemade. Tahap kepedasan juga boleh dikawal. Boleh lebihkan dan boleh kurangkan ikut suka. Semoga resepi sambal tempoyak ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open