Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Penyet Yang Menyengat. Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap. Cara Buat Krup Krup Rangup Pun Ada Tau!

0 854

Sebut je pasal ayam penyat dan pecel leleh, mesti korang dah kecur liur nak makan sambalnya kan. So, apa kata hari ni korang follow resepi sambal penyet yang menyengat kat sini. Makan dengan lauk apa pun sedap tau! Korang buat sekali dengan kruk kruk rangup yang ada kat ayam penyet tu. Resepinya pun ada sekali.

Kalau takde rasa pedas, memang tak sedap nak makan. Sambal ni korang boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Tak cepat rosak sebab sambal ni di masak secukupnya. Bila-bila nak makan nanti, korang tinggal ambil je dalam peti. Nak panaskan pun boleh. Boleh makan dengan macam-macam lauk tau!

Sambal penyet ni adalah resepi dari negara seberang Indonesia. Tapi dah makin famous kat tempat kita. Kalau makan kat kedai mesti ada yang minta sambal extra kan. Fuhh, berpeluh di buatnya makan sambal ni. Tapi kalau buat sendiri, korang boleh adjust tahap kepedasan yang korang mampu nak makan.

Tak semua orang tahan makan pedas yang pedas sangat. Ada je yang makan pedas ni untuk sedapkan rasa masakan. Bak kata orang, tak pedas memang tak lalu nak makan. Resepi sambal penyet ni akan di sertakan dengan kruk kruk rangup sekali. Mesti lagi seronok korang nak makan nanti.

Kalau nak resepi lengkap 2 hidangan yang simple dan sebagai penyedap makanan ni, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noratiqah Nordin ni. Semua resepi yang beliau share kat Facebook memang menarik perhatian ramai. Resepi sambal penyen ni pun viral 3.9k.

 

RESEPI SAMBAL PENYET YANG MENYENGAT 

Nak buat sambal penyet ni sebenarnya tak susah mana pun. Tapi masa masak tu, satu rumah bau pedas. Confirm bersin dibuatnya! Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal penyet ni. Mesti dah tak sabar nak buat stok dalam peti kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk sambal penyet :
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 kiub ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • 2 biji tomato
  • Cili padi merah ikut kuantiti kepedasan
  • Gula merah secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk kruk kruk rangup :
  • Jintan dan ketumbar
  • Secawan tepung beras
  • Secawan air
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PENYET DAN KRUK KRUK RANGUP :

▶️ Goreng cili, bawang merah, bawang putih, tomato dan belacan hingga layu.

▶️ Dah masak, masukkan ke dalam blender atau chopper.

▶️ Dah hancur, kita tumis bahan yang kita bland tadi.

▶️ Dah naik sikit minyak, masukkan pula gula melaka. Nak pakai gula merah boleh, gula perang pun boleh. Ikut citarasa korang.

▶️ Letak garam secukup rasa. Time ni dah nak masak. Biarkan kejap, boleh tutup api. Siap dan ketepikan.

Cara penyediaan kruk kruk rangup :

▶️ Satukan semua bahan kruk kruk rangup.

▶️ Minyak kene panas. Masukkan bancuhan secara titik-titik.

▶️ Maksudnya macam korang nak buat roti jala. Bagi dia berderai. Haaaa nampak kan macam ni rupanya.

▶️ Angkat dan siap!

 

BACA JUGA : Resepi Gulai Ikan Aya Makan Dengan Pulut Kuning Yang Paling Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

 

Kruk kruk ni yang buat penambah selera sambal penyet. Tanpa kruk kruk rangup ni, tak lengkaplah hidangan penyet kita. Dah siap, korang bolehlah makan dengan nasi putih, ikan keli goreng atau apa-apa je lauk yang korang suka. Boleh add on sekali ulam, barulah syok nak makan nanti.

Cicah sambal ni kat ikan goreng, ayam goreng atau telur pun dah sedap sangat you all. Tapi jangan lupa buat sekali kruk kruk untuk gaul kat nasi. Memang tak rugi korang cuba resepi ni. Tak sempat nak buat hari ni, korang boleh buat hujung-hujung minggu nanti. Save je dulu resepi ni.

Kalau dah cuba, bolehlah share kat kawan-kawan. Nak makan sedap, jangan lupa sambal penyet ok. Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Noratiqah Nordin kerana sudi berkongsi resepi sambal penyet dan kruk kruk rangup ini di Facebook. Semoga bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open