Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Marvellous. Tahan Lama Dan Yang Paling Penting Sedap Sangat!

0 1,192

Siapa antara anda semua yang gemar dengan resepi sambal ikan bilis nasi lemak? Sudah pasti ramai yang suka dengan sambal ikan bilis ini kan. Cara memasaknya sangatlah mudah. Ianya juga bersifat tahan lama, dan boleh disimpan didalam peti.

Sambal ikan bilis bukan saja sesuai dimakan dengan nasi lemak, ianya boleh dimakan bersama nasi putih biasa ditambah dengan lauk pauk yang lain. Sesetengah orang, lebih gemar dengan hidangan sambal ikan bilis berbanding masakan lain.

Ikan bilis boleh dimasak garing terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal. Boleh juga dibasuh dan ditoskan, kemudian terus dicampur dengan sambal. Kedua-dua cara ini mempunyai teksturnya yang tersendiri.

Sambal ikan bilis nasi lemak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Nak dapat sambal ikan bilis yang sedap dan tahan lama? jom ikuti resepi ini. Masak sambal lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam.

Kepada yang berniaga nasi lemak, anda boleh mencuba resepi ini untuk berniaga, manalah tahu sesuai dengan tekak anda dan pelanggan anda. Besar rahmat atas perkongsian ini.

 

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS NASI LEMAK

Taknak sembang panjang lagi, jom kita lihat cara penyediaan sambal ikan bilis nasi lemak yang super sedap ini. Lihat pada gambar yang dikongsikan cukup menyelerakan. Dan pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan Ikan Bilis (dibersihkan )
  • 1 batang Serai (dikatok)
  • 1 helai Daun pandan (disimpul)
  • 3 sudu besar Perahan air asam jawa
  • Gula pasir
  • 2 sudu besar Gula Melaka
  • Serbuk Perasa (jika mahu)
  • Garam
  • Minyak masak (kena banyak)

 

Bahan kisar :
  • 15-20 batang Cili Kering
  • 5-7 biji Bawang Besar
  • 10 ulas Bawang putih
  • 2-3 cm Belacan (dibakar seketika)

*Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi.

CARA PENYEDIAAN SAMBAL IKAN BILIS NASI LEMAK :

▶️ Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi, serai dan daun pandan.

▶️ Tumis sehingga pecah minyak dan kering. Perlahankan api supaya cili betul-betul masak. Masak sekurang-kurangnya 1 jam 30 atau 2 jam.

▶️ Kemudian, masukkan air asam jawa dan gaulkan.

▶️ Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam. Kemudian, gaul rata.

▶️ Masukkan ikan bilis dan gaul rata sehingga ikan bilis masak.

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Tat Raga Atau Tat Nanas Yang Cukup Sedap. Biskut Raya Yang Sudah Pasti Menjadi Kesukaan Ramai!

 

Siap untuk dihidang bersama nasi lemak. Biasanya, sesetengah orang boleh memasak nasi lemak tapi part sambal mesti ada yang tak cukup. Mungkin dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin mencubanya.

Bila tak habis, simpan saja didalam peti. Bila nak makan nanti boleh panaskan. Sambal ini tahan lama dan boleh dimakan bila-bila masa. Tak salah buat banyak-banyak dan simpan stok dalam peti kan.

Ada yang terliur nak makan? Jangan buang masa anda lagi. Kalau bahan semua dah ada, anda boleh masak sekarang. Semoga hasil perkongsian resepi sambal ikan bilis nasi lemak ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open