Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Bilis Rangup Yang Paling Sedap. Memang Rangup Berhari-Hari Tau. Rugi Tak Cuba!
Korang suka makan sambal bilis kering? Buat sendiri ke beli kat luar? Ha, apa kata hari ni korang follow resepi sambal bilis rangup homemade ni kat sini. Memang rangup berhari-hari tau! Makan dengan apa pun sedap. Sambal ni juga dimasak tanpa menggunakan air dan ianya tahan lama.
Sangat mudah nak buat sambal ni. Kalau beli kat luar, boleh tahan mahal juga. Baik korang buat sendiri, lagi jimat. Nak buat banyak mana pun boleh. Bahan memasak yang digunakan tak renyah nak cari. Cuma nak buat rasa bilis ni garing dan sedap, korang kena gaul dengan banyak tepung.
Tepung yang di gunakan untuk buat sambal bilis ni bukan menggunakan 1 jenis tepung sahaja. Korang kena campurkan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum sekali. Nak guna tepung tempura bestari pun boleh. Memang sedap dan rangup hasilnya. Rasa rugi kalau tak cuba!
Resepi sambal bilis rangup ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Jaja Noriza. Sampai viral 5.3k ye! Kat situ pun korang boleh tengok berapa ramai yang suka makan sambal bilis rangup ni. Buat banyak-banyak kat rumah. Bila-bila nak makan tinggal cedok je nanti.
Sambal bilis ni biasanya di jadikan penambah selera dałam makanan. Lagi pedas, lagi sedap dan lagi syok nak makan. Nak hidang dengan nasi putih dan telur dadar pun dah cukup. Bertambah-tambah nasi lah dibuatnya! Jom kita lihat step by step penyediaan sambal bilis rangup ni kat sini.
RESEPI SAMBAL BILIS RANGUP
Sebelum nak mula memasak, korang kena sediakan semua bahan-bahan kat bawah ni. Cuci bersih dan toskan ikan bilis hingga kering. Make sure korang tak guna air masa nak buat sambal ni tau! Nanti tak rangup jadinya. Follow je sebijik-sebijik stepnya kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan bilis (dibasuh dan di toskan hingga kering)
- Bawang kecil (dihiris halus)
- Bawang putih (dihiris)
- Cili kering (dibasuh dan keringkan)
- Asam keping, garam dan gula
- Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum/ Tepung tempura bestari
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS RANGUP :
▶️ Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nanti.
▶️ Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung.
▶️ Panaskan api sederhana besar. Goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti, agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.
▶️ Lepas tu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
▶️ Cili kering tadi digoreng juga dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian, kisar cili kering tanpa air.
▶️ Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi. Kemudian, masukkan garam, gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
▶️ Kemudian, tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata. Siap untuk dinikmati!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Laksa Johor Yang Gerenti Sedap. Makan Pakai Tangan Lagi Sedap. Menjilat Jari Dibuatnya!
Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe. Korang just kaut sambal bilis yang dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian, lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi. Confirm bilis rangup berhari-hari.
Ada juga jenis yang suka ratah sambal bilis sambil tengok tv. Dah separuh balang habis pun tak sedar! Layan je makan sambal bilis yang rangup ni. Rasanya pedas, manis dan rangup buat korang ketagih nak makan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Jaja Noriza kerana sudi berkongsi resepi sambal bilis rangup tanpa air ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa share dan selamat mencuba!