Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Keju Bakar Guna 5 Bahan Je. Mudah Dibuat Dan Sedap Sangat Hasilnya! 

0 925

Resepi roti keju bakar guna 5 bahan ini sangat mudah dibuat. Resepi lebih kurang macam lasagna cuma perlu digantikan dengan roti sahaja. Resepi roti keju bakar ini cuma perlu menggunakan lebihan tepi roti gardenia yang tak digunakan.

Roti yang dah nak expired tak perlu dibuang. Pelbagai menu pemanis mulut boleh dibuat contohnya puding roti, roti pizza dan macam-macam lagi. Anda juga boleh cuba buat roti keju bakar guna 5 bahan ni. Tak de lah membazir kan.

Tiada sukatan tetap dalam resepi ini. Tomato puri yang digunakan tidak perlu dimasak kesemuanya ye. Ambil separuh sahaja sebab nanti terlebih masam pula. Penggunaan keju juga boleh diambil berapa banyak yang anda suka.

Semakin banyak keju semakin sedap hasilnya. Anda boleh gunakan daging burger ayam atau pun ayam cincang dalam penyediaannya. Boleh juga tukar kepada daging lembu. Makan dengan curahan sos memang sedap!

Resepi roti keju bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Fairuz Abu Hassan. Menurut beliau, resepi ini baru pertama kali dicubanya. Percubaan yang menjadi dan sesuai dengan tekak katanya.

 

RESEPI ROTI KEJU BAKAR

Nak tahu apa lima bahan yang digunakan itu? Jom kita lihat satu persatu bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya. Daripada terbuang roti tu, lebih baik cuba buat macam ni. Sedap juga kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Roti (nak banyak mana pun boleh)
  • Daging burger ayam
  • Keju keping
  • 6 ulas Bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 tin Tomato puri (size kecik guna 1/2 sahaja)

CARA PENYEDIAAN ROTI KEJU BAKAR :

▶️ Lenyekkan daging burger dan goreng dulu sampai sedikit garing, ketepikan.

▶️ Guna minyak lebihan goreng tu untuk menumis bahan untuk topping.

▶️ Tumis bawang putih yang ditumbuk. Kalau suka boleh tumbuk sekali dengan sedikit lada hitam.

▶️ Tumis sampai garing, masukkan tomato puri dan kacau sebati. Masukkan keju keping, nak banyak mana pun boleh.

▶️ Tambah sedikit air, perasakan dengan garam dan apa saja perasa yang anda suka. Nak letak oregano pun boleh, tak letak pun boleh.

▶️ Susun roti dalam bekas. Lapisan bawah, carikkan roti kecil-kecil.

▶️ Tabur daging burger yang digoreng tadi, letak kuah tomato dan keju. Ulangi proses yang sama sampai ke atas.

▶️ Bakar roti dengan suhu 180C selama 20 minit. Siap untuk dimakan!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Kicap Pedas Lain Dari Yang Lain. Sedap Sangat Pedas-Pedas Manis Rasanya!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas memang sedap. Masa tu keju tengah tarik-tarik tau. Yang suka makan cheese wajib cuba resepi ni. Kalau tak habispun masih boleh dipanaskan dalam microwave.

Resepi ni sangat sesuai dijadikan sarapan pagi. Tapi nak makan bila-bila masa pun boleh. Kalau tak nak makan nasi malam-malam pun, boleh cuba resepi ni. Pasti kenyang. Ala-ala burger sebab ada daging, roti dan juga cheese.

Lepas ni kalau ada roti yang dah nak expired, dan tak lalu nak makan dengan jem anda boleh guna resepi ni. Tak ada la terbuang roti tu. Semoga resepi roti keju bakar ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open