Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pepero Popia Almond Stick Yang Rangup Dan Sedap. Pastinya Menjadi Kesukaan Anak-Anak!
Pernah tak cuba resepi pepero popia almond stick? Yang ni bukan pepero Langkawi tau, yang ni pepero homemade. Resepi ini menggunakan kulit popia yang disalut dengan coklat dan almond cincang. Rangup dan sedap sangat hasilnya.
Cuma perlu gulung kulit popia dan goreng je. Tak perlu buat adunan biskut dan bakar lagi. Anak-anak mesti suka! Kalau pergi Langkawi confirm ramai yang sanggup beli pepero walaupun harganya mahal. Sekotak yang besar tu dalam RM 23 harganya.
Kalau buat pepero popia kan lebih murah. Guna kulit popia pun sedap tau. Simpan dalam bekas cepat je habis. Boleh jadi kudapan anak-anak sambil tengok kartun. Sejak pkp ni, asyik makan je. Anak-anak pun dah semakin berisi.
Kudapan ini sangat mudah dibuat. bahan yang digunakan juga tidak renyah dan cuma menggunakan 4 jenis bahan sahaja iaitu kulit popia, coklat masakan dan juga almond. Sebungkus kulit popia di belah 4. Kalau ada 40 keping, jadi 160 keping pepero kita.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Za melalui laman facebooknya. Sejak virus covid-19 ni menular di negara kita, hampir semua rakyat Malaysia tak dapay balik ke kampung, termasuklah nak bercuti ke Langkawi.
RESEPI PEPERO POPIA ALMOND STICK
Nak beli online kat shopee pun, masih mahal harganya. So, mungkin dengan resepi ini boleh lah dapat pepero harga jimat. Modal RM50 pun boleh dapat berbalang-balang tau. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit popia (jenama KG/ pertama/ spring home)
- Coklat masakan seperti beryl’s lee
- 200gramAlmond (dicincang)
- 2 sd butter (untuk kilatkan coklat)
CARA PENYEDIAAN PEPERO POPIA ALMOND STICK :
▶️ Panggang almond yang dah dicincang dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit.
▶️ Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dengan air untuk melekatkan kulit popia.
▶️ 1 bungkus kulit popia dipotong 4 bahagia. Buka sekeping-sekeping dan gulung satu persatu kulit popia menggunakan straw. Kemudian, gamkan dengan campuran tepung dan air tadi.
▶️ Ulang proses yang sama sampai habis. Rehatkan sekejap dalam peti untuk keraskan gulungan popia.
▶️ Dah keras, goreng gulungan popia sampai agak kekuningan.
▶️ Toskan di atas tisu dapur dan tunggu sejuk kejap.
▶️ Sementara tu, kukus separuh coklat masakan yang dipotong kecil. Nak guna proses double boil pun boleh. Campurkan 2 sd butter dan gaul sebati. Tujuannya untuk nampakkan coklat lebih berkilat.
▶️ Coklat tadi dimasukkan dalam mug, untuk memudakan anda celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh, agak-agak bahagian hujungnya boleh dipegang je.
▶️ Seterusnya,taburkan almond yang dah dipanggang tadi.
▶️ Pastikan kena pada bahagian celupan coklat tadi. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ayam Bumbu Kuning Pedas Yang Paling Sedap. Memang Terangkat Dibuatnya!
Dah siap untuk dihidang! Senang tak? Mestilah senangkan. Tak perlu simpan dalam peti lagi. Dah boleh masukkan dalam balang. 160 batang yang ada dalam balang tu, cepat je boleh habis tau.
So, kalau rajin dah boleh buat banyak-banyak. Nak buat sekali 2 bungkus pun takpe. Confirm laku keras. Siap boleh jual lagi. Ala-ala pepero premium hasilnya. Nak pepero jimat, boleh cuba resepi ni.
Yang suka makan sesuatu sambil buat kerja, boleh sangat buat pepero popia ni. Sambil tengok Facebook pun boleh layan habis sebalang. Semoga resepi pepero popia almond stick ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!