Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Goreng Sardin Yang Paling Senang Nak Buat. Confirm Sedap Dan Bertambah Dibuatnya!

0 140

First time nak buat nasi goreng sardin. Orang kata sedap. Memandangkan aku tak pernah masak, so aku kena cari resepi dia kat Facebook dulu. Senang je rupanya. Rasa pun sedap. Try la korang follow resepi nasi goreng sardin ni. Tak rugi tau!

Kat kedai makan memang tak jumpa nasi goreng sardin macam ni. Mungkin ada kot. Tapi ramai yang tak tahu dan tak perna nak cuba. Nasi goreng sardin ni korang nak olah sikit-sikit pun boleh. Terpulang ikut citarasa tekak masing-masing.

Bila masa stok sardin kat rumah korang akan terbuka? Ha, jangan kata time hujung bulan je. Biasa la, awal bulan nak jugak kita makan sedap-sedap kan. Normal untuk kita yang makan gaji ni berlaukkan sardin di hujung bulan. Betul tak?

Masak sardin ni biasanya tumis je. Lepas tu makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Lauk macam ni kalau hujung bulan pun dah nikmat. Sedap sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tambah pulak sardin tu letak cili. Fuhhh!

Jarang jumpa orang tak suka makan sardin kan. Ha untuk pengetahuan korang, resepi nasi goreng sardin yang simple dan sedap ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Wahida Alya. Sangat sedap ye! Try la nanti.

RESEPI NASI GORENG SARDIN

So, tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi goreng sardin kita ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Nasi putih (6-7 orang makan)
  • Sardin cap ayam (saiz besar)
  • Bawang besar 1 biji (diblender)*
  • Bawang putih 1sudu besar (diblender)*
  • Cili kering 2 sudu (diblender)*
  • Kiub ayam seketul*
  • Telur 2 biji
  • Kacang panjang (dipotong kecik-kecik)

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG SARDIN : 

▶️ Panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda* sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan sardin. Hancurkan sikit dan jangan terlalu hancur.

▶️ Kemudian, masukkan telur. Biarkan kejap baru masukkan nasi.

▶️ Kacau-kacau dan agak-agak semua dah sebati baru masukkan kacang panjang.

▶️ Tara dah siap! Bolehlah tabur apa je buat hiasan.

 

BACA JUGA : Resepi Kaswi Gula Merah Anti Gagal Yang Mudah Nak buat. Hasilnya Tersangatlah Sedap!

 

Wah! Memang nikmat yakmat makan nasi goreng sardin ni. Simple je kan! Banyak-banyak sardin, aku rasa brand Cap Ayam ni la paling sedap. Tak lawan dengan brand lain. Tapi korang nak try guna sardin lain pun takde masalah.

Nasi semalam yang tak habis boleh buat nasi goreng sardin untuk breakfast pagi. Nași tengahari pulak, boleh buat nasi goreng sardin waktu malam. Jimat! Boleh letak sayur, cili dalam nasi ni. Baru la rasa lagi nikmat nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Wahida Alya kerana sudi berkongsi resepi nasi goreng sardin yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open