Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Goreng Daging Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah Dibuatnya!
Aku suka sangat order nasi goreng daging bila makan kat luar sana. Tapi kalau dah pindah kedai makan. Mesti dah berubah rasa. Elok aku cuba resepi nasi goreng daging yang simple ni. Nak adjust rasa pun boleh.
Nasi goreng yang biasa aku makan kat kedai tak guna sayur kacang panjang. Resepi ni dah masukkan lauk daging dan sayur dalam satu hidangan. Hidangan lengkap walaupun hanya masak nasi goreng sahaja.
Yang suka bawak beka nasi goreng ke tempat kerja, boleh cuba resepi ni. Ramai jugak yang suka resepi ni. Sayur kacang panjang yang dicampur dałam nasi goreng ni perlu di goreng terlebih dahulu sebelum dicampur nasi.
Resepi nasi goreng daging ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Dhiya Wardah. Nampak simple masak nasi goreng daging ni. Resepi pun lengkap dan mudah nak faham.
Teringat pulak kat member aku yang biasa makan nasi goreng daging tu. Hampir serial hari bila dia makan kat luar, pasti nasi goreng daging jadi pilihan hatinya. Korang cuba la buat kat rumah nanti.
RESEPI NASI GORENG DAGING
Nasi goreng daging ni sedap makan pedas-pedas. Tahap pedas nasi goreng daging ni korang boleh adjust ikut suka ye. Nak lagi pedas, korang lebihkan je cili. Jom tengok step memasak kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji bawang besar (dihiris)
Bahan tumbuk kasar :
- Cili kering
- Cili padi merah dan hijau
- Bawang besar
- Bawang putih
- Bilis
- Belacan
- Garam dan aji@ perasa
Bahan lain :
- Rebus daging empuk dan hiris kecil
- Kacang panjang (kalau ada carrot boleh tambah juga)
- Nasi sejuk (digemburkan)
- Minyak lebihan goreng ikan
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG DAGING :
▶️ Gunakan minyak lebihan goreng ikan. Goreng hirisan bawang tadi sampai agak garing.
▶️ Kemudian, masukan bahan tumbuk. Masak sampai garing dan masukan sikit kicap manis.
▶️ Masukan pulak daging dan gaul sekata.
▶️ Seterusnya, masukkan nasi dan gaul mesra.
▶️ Masukan kacang panjang dan bilis goreng.
▶️ Tara dah siap! Boleh cedok masuk bekal.
BACA JUGA : Resepi Scone Homemade Guna 4 Bahan. Rasa Macam Scone Kat Cameron Highland!
Masak je terus rasa nak makan. Tak sabar nak ngap masuk mulut. Kalau nasi semalam tak habis makan, pagi sebelum pegi kerja boleh la masak nasi goreng daging ni. Boleh la buat bekal ke tempat kerja nanti.
Kacang panjang tu elok kalau digoreng dulu dengan minyak yang betul-betul panas. Sekejap je, kemudian toskan minyaknya. Nanti warna dia mantain hijau dan rasa dia tetap sedap walaupun dah lama sejuk.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Dhiya Wardah kerana sudi berkongsi resepi nasi goreng daging yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!