Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mudah Buat Tauhu Berlauk. Menu Simple Sangat Tapi Sedap!

0 2,087

Ada yang suka makan tauhu bergedil? Kalau suka, wajib cuba satu lagi masakan yang menggunakan tauhu. Iaitu tauhu berlauk. Sebelum ni tak pernah cuba pun makan tauhu berlauk ni walaupun dah ramai yang konsgikan resepi dia.

Tapi kalau sekali dah cuba boleh, memang tak cukup tau rasa dia. Dah lah sesuai makan dengan nasi dan sesuai juga nak makan macam tu je. ada yang tengok memang jual untuk minum petang. Macam makan tauhu bergedil.

Nak buat tauhu berlauk ni pun senang je sebenarnya. Gunakan bahan yang lebih kurang sama, tapi tauhu berlauk ni tidak menggunakan kentang tau. Tapi menggunakan tauhu telur dan juga tauhu basah.

Kalau tauhu bergedil menggunakan tauhu kering sebagai kulitnya kan. Tapi yang ni kita akan kukus dalam acuan lompang kemudian gorengkan pula dalam minyak yang panas.

Dengar macam rumit, tapi sebenarnya tidak pun. Kadang-kadang isi ayam ada sikit je, jadi bolehlah transform buat tauhu berlauk ni supaya semua hasilkan makanan yang banyak dan boleh makan ramai. Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Ainafiqa Zamina ni.

 

RESEPI TAUHU BERLAUK

Yang tak suka makan tauhu, jangan risau, sebab tauhu dia tak rasa sangat pun, ala-ala  buat seperti nuget homemade sahaja caranya. Kalau nak gunakan daging pun boleh. Cuma kalau gunakan ayam rasa dia akan jadi lebih sedap dan juicy.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Is ayam
  • 3 paket Tauhu Telur
  • 3 ketul Tauhu petak
  • Daun Sup
  • 1 biji Bawang Holland
  • 1 batang Lobak merah
  • Lada sulah
  • 4 biji Telur
  • Garam
  • Gula
  • 1 kiub pati ayam

CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK :

▶ Mula-mula sekali, potong lobak merah, bawang holland berbentuk dadu halus. Cincang daun sup supaya jadi nipis. Masukkan ke dalam bekas bersama kiub pati ayam, garam dan juga lada sulah.

▶ Kemudian, kisar halus isi ayam, tauhu telur dan juga tauhu petak. Kisar sampai hancur dan campurkan ke dalam bahan yang kita dah potong dadu tadi.

▶ Gaul semua bahan sampai sekata. Macam rupa nak buat cucur kucai dah jadinya.

▶ Kemudian, sudukan adunan ke dalam bekas acuan lompang. Waktu ni dah boleh panaskan periuk kukus tau. Kukus selama 10 minit.

▶ Bila dah kukus, keluarkan daripada acuan dan biarkan sejuk sekejap. Nak makan waktu dah kukus ni pun boleh je. akalu nak frozenkan, waktu ni boleh masukkan dalam freezer ye.

▶ Seterusnya, pecahkan telur dan kacau sekata. Celup tauhu dan goreng dalam api yang panas.

BACA JUGA: Nak Buat Tomyam Pekat Macam Kedai Makan Thailand, Follow Resepi Ni Comfirm Menjadi!

▶ Dah kekuningan atau keemasan, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dihidangkan!

 

Waah! Makan panas-panas ni memang sedap. Nak makan tauhu berlauk ni, makan dengan kuah sambal kicap tau. Bukan dengan sos cili je. Tapi dengan sambal kicap lagi ngam!

Simpan dulu resepi tauhu berlauk ni kalau tak boleh nak buat sekarang. Nanti bila berkesempatan bolehlah buat dan mudah nak rujuk semula.

Semoga perkongsian ni bermanfat buat semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open