Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mini Pizza Maggi Atau Martabak Maggi Yang Mudah. Cuma Guna 3 Bahan Je!
Wow! Resepi mini pizza maggi? Pernah cuba tak? Resepi yang simple dan cukup enak. Cuma perlu menggunakan 3 bahan sahaja untuk menghasilkannya. Mini pizza maggi ini juga boleh dijadikan kudapan minum petang bersama anak-anak.
Mee cuma perlu direbus dan digaul bersama telur dan serbuk maggi. Kemudiannya dimasak atas kuali dan ditaburkan beef pepperoni dibahagian atasnya. Nak letak sayur cendawan, lada bengala dan juga cheese pun boleh. Hasilnya seakan pizza restoran.
Bezanya adalah pizza ini menggunakan maggi dan pizza yang diluar sana menggunakan tepung untuk membuat based pizza. Hasil mini pizza maggi ini juga seakan martabak maggi. Sedap sangat!
Resepi mini pizza maggi yang simple ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Suzanah Rafee. Bukan je boleh dihidang buat minum petang. Nak dijadikan makan malam dan menu sarapan pagi pun boleh.
Tak perlu mengambil masa lama untuk memasaknya didapur. Maggi boleh dipelbagaikan cara penyediaanya selain dimasak maggi biasa ataupun maggi goreng ala mamak. Anda juga boleh mencuba resepi mini pizza maggi ini secara homemade.
RESEPI MINI PIZZA MAGGI
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat 3 bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan mini pizza maggi ini. Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain untuk menambah keenakan pada hidangan anda.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Meggi kari
- Telur
- Beef pepperoni (optional)
CARA PENYEDIAAN MINI PIZZA MAGGI :
▶️ Maggi direbus dan ditoskan airnya.
▶️ Rempah perisa maggi kari dipukul sebati dengan telur. Tak perlu letak garam.
▶️ Masukkan maggi dan telur dalam senduk. Masak dalam kuali macam telur dadar. Bolehlah letak beef pepperoni.
▶️ Angkat dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Ayam Kicap Mayonis Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Menjiilat Jari Dibuatnya!
Siap untuk dihidang! Potong dan picitkan sos cili dan mayonis sebagai penambah rasa. Makan panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Macam telur dadar juga jadinya. Gebu gitu!
Selain menggunakan maggi kari, anda juga boleh mencuba pelbagai perisa maggi yang ada seperti maggi tomyam, maggi laksa, ataupun maggi ayam. Macam-macam rasa yang ada boleh anda hasilkan.
Lepas ni kalau terasa nak makan pizza tapi tak kesampaian, bolehlah cuba resepi mini pizza maggi ini. Mudah, cepat dan enak! Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!