Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Laksa Lemak Utara Versi Tumis. Buat Kuah Guna Sardin Tin Je Pun Dah Sedap!

0 202

Sebab teringin sangat nak makan laksa lemak utara versi tumis, aku cuba cari resepinya kat Facebook. Kuah laksa ni di masak menggunakan sardin tin ye. Sangat sedap dan mudah nak buat. Makan sampai ulang-ulang dibuatnya!

Kuah biasa tu agak leceh sikit nak buat. Kalau guna ikan sardin tin, korang dah tak perlu nak rebus ikan bagai. Kerja jadi lagi mudah. Kalau takat nak makan sikit tu, aku suggest sangat korang masak kuah guna sardin tin.

Kuah laksa ni bukan kuah laksa yang biasa kita makan tu, ni laksa lemak utara versi tumis. Tak puas makan semangkuk dibuatnya. Confirm korang nak tambah-tambah lagi. Penggemar laksa kena cuba resepi ni.

Untuk resepi laksa lemak utara versi tumis ni, korang boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Syana Anuya Manmad. Nampak menarik ye. Tengok dari gambar pun dah nampak laksa ni sedap. Tak cuba, mana nak tahu kan.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan laksa lemak utara versi tumis ni. Mesti korang tak sabar nak cuba kat rumah kan.

 

RESEPI LAKSA LEMAK UTARA VERSI TUMIS

Laksa yang dikongsikan oleh Cik Puan Syana Anuya Manmad ni menggunkan 2 jenis ikan ye. Yang pertama sardin tin dan kedua mackerel tin. Jom tengok cara penyediaan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan kisar : 
  • Lengkuas
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • Cili kering (ikut rasa)
  • Sedikit belacan
    *Kisar sehingga halus bahan-bahan di atas.

 

Bahan-bahan lain :  
  • 1 bungkus serbuk kari ikan/ ayam/ daging (bancuh dengan air dan jadi kan pes)
  • 1 tin sardin & 1 tin mackerel (Basuh dulu 2 jenis ikan ni. Kemudian, blend halus ikan sardin manakala ikan mackerel pulak blend kasar)
  • 1 kotak kecik santan
  • 2 batang serai diketul
  • Minyak utk menumis
  • Air utk kuah
  • 3-4 asam keping
  • Daun kesom
  • Bunga kantan

 

Bahan-bahan hiasan : 
  • Timun
  • Bawang besar
  • Salad
  • Cili besar/ padi
  • Daun pudina
  • Nenas
  • Limau nipis dll
CARA PENYEDIAAN LAKSA LEMAK UTARA VERSI TUMIS : 

▶️ Panaskan minyak. Tumis serai, pes serbuk kari dan bahan-bahan yang diblend tadi sehingga naik minyak.

▶️ Masukkan ikan sardin yang dah diblend tadi & juga air untuk kuahnya. Ikut kuantiti yang korang nak.

▶️ Kacau-kacau supaya sebati. Masukkan pula asam keping, daun kesom & bunga kantan.

▶️ Setelah mendidih, masukkan santan & kecikkan api supaya santan tak pecah minyak.

▶️ Bila dah sebati masukkan garam, gula, serbuk perasa dan lain-lain. Ikut nak letak ajinomoto pun boleh.

▶️ Rasa dah sedap semuanya, letak sedikit petis (otak udang) untuk naikkan lagi keenakan laksa lemak utara ni.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

 

Dulunya aku tak reti langsung nak makan laksa. Aku bukan asal orang semenanjung. So, kat tempat aku memang tak pernah sekali pun makan benda ni. Pernah try, tapi tak boleh nak masuk kat tekak. Tapi lepas sekali member aku bagi rasa yang dia buat sendiri. Terus aku jadi penggemar laksa.

Aku pun tak reti jugak nak masak laksa ni. Tak berani nak buat, sebab takut tak sama dengan air tangan member aku. Bila jumpa resepi ni terasa pulak nak buat. Sebab tak renyah nak rebus ikan bagai. Guna sardin tin je lagi mudah kerja aku.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Syana Anuya Manmad kerana sudi berkongsi resepi laksa lemak utara versi tumis yang mudah ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially untuk semua penggemar laksa. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open