Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kimchi Homemade Yang Mudah Dan Dijamin Halal. Hidangan Korea Yang Ramai Penggemarnya!
Semua orang tahu kimchi merupakan makanan ruji rakyat Korea selatan. Kimchi juga sememangnya menjadi hidagan yang wajib dinikmati apabila ke restoran Korea. Apa kata hari ini kita cuba buat kimchi homemade. Mesti seronok!
Hidangan ini juga cukup digemari rakyat Malaysia. Mungkinkah disebabkan penanggan drama Korea, kimchi menjadi kegilaan ramai? Mungkin juga. Kimchi juga mempunyai rasa yang cukup enak walaupun cuma dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain.
Untuk pengetahuan ramai, walaupun kimchi dibuat dalam kuantiti yang banyak tetapi ianya mampu bertahan lama. Kimchi boleh bertahan lebih dari 5 bulan jika disimpan di peti sejuk. Tak perlu risau bila membuatnya dalam kuantiti yang banyak.
Untuk resepi kimchi yang simple dan dijamin halal ini, anda boleh ikuti perkongsiannya dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fieya Jemah. Memang puas hati hasilnya!
Kebanyakan anak-anak juga gemar dengan kimchi. Bukan duduk Korea pun tapi kimchi dah jadi makanan kesukaan mereka. Kalau tak ada lauk sayur pun, kimchi dah cukup. Kimchi juga dikatakan hidangan sihat kerana terhidang dengan pelbagai jenis sayuran.
RESEPI KIMCHI HOMEMADE
Musim PKP ni memang tak dapat nak makan kimchi di restoran Korean kan? Apa kata buat je dirumah. Resepi pun dah ada, siap boleh buat stok sekali. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji kubis panjang (dipotong 4)
- Carrot dan lobak putih
- Daun bawang (dipotong seinci-seinci)
- 6 sudu tepung pulut
- 3 sudu brown sugar/ gula putih
- 2 cawan air suam
- Chili flakes
Bahan kisar :
- 2 biji Bawang holland
- 2 biji Epal (pear/ lai)
- 8-9 sudu Sos ikan
- 2 inci Halia
- Selabu Bawang putih
CARA PENYEDIAAN KIMCHI HOMEMADE :
▶️ 1 biji kubis panjang dipotong empat dan disapu garam setiap lapisan kubis. Jerukkan selama 4-5 jam.
▶️ Lepas 4-5 jam. Basuh bersih-bersih. Setiap kelopak kubis pastikan dibasuh. Kemuadian toskan.
▶️ Potong kubis ikut saiz yang senang nak makan dan potong daun bawang seinci seinci. Ketepikan.
▶️ Sagat atau potong halus carrot dan lobak putih. Ketepikan.
▶️ Cara buat sos pula, masukkan 6 sudu tepung pulut kedalam periuk. Ini sukatan untuk 2 kg kubis.
▶️ Masukkan juga 3 sudu brown sugar atau gula putih.
▶️ Kemudian, tuangkan 2 cawan air suam. Kacau rata.
▶️ Letak atas api. Masak sampai jadi macam gam. Ketepikan bagi sejuk.
▶️ Bila dah sejuk, satukan sos tepung pulut dengan bahan kisar. Sebatikan.
▶️ Kemudian, campak chili flakes. Ikutlah pedas yang anda suka.
▶️ Masuk carrot dan lobak putih yang dah disagat tadi kedalam sos. Sebatikan.
▶️ Kemudian, boleh gaul dengan kubis dan daun bawang yang dipotong tadi. Siap!
▶️ Biarkan 2-3 hari pada suhu bilik. Kalau nak simpan lama. Masuk je dalam peti ais terus dalam 7-8 hari dah jadi kimchi.
▶️ Untuk kimchi daun bawang pula, bahagi dua sos kimchi dan terus sapu pada daun bawang. Cuma kimchi daun bawang itu ditaburkan biji bijan yang telah disangai. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kuih Kasturi Yang Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Sesuai Untuk Minum Petang Anda Bersama Keluarga!
Siap! Mudah ke tidak? Lebih jimat dari makan diluar. Bila-bila nak makan cedok je dalam peti. Yang paling penting di jamin halal tanpa penggunaan bahan-bahan yang dikhuatiri.
Makan kimchi tanpa lauk lain pun sedap. Kimchi boleh dimakan bersama nasi panas, maggi kari, nasi goreng mahupun stew kimchi. Di Korea pula, tradisi makan kimchi juga sama bersama nasi putih ataupun ramyeon.
Tapi makan kimchi boleh cantik macam orang Korea tak? Gurau je. Jadi, tunggu apa lagi. Jom kita sama-sama mencuba resepi kimchi homemade ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!