Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Jagung Bakar Berperisa Yang Mudah Dan Sedap. Laju Je Habis Sepinggan!
Tak pernah lagi try makan jagung bakar berperisa ni. Orang kata sedap! Rasa macam nak buat kat rumah je nanti. Haa, apa kata kita follow resepi jagung bakar berperisa ni kat sini. Kalau sedap, boleh la buat lagi.
Asyik jagung rebus je bosan jugak kan. Budak-budak pun tak berapa nak makan. Try buat jagung bakar berperisa ni. Katanya laju je habis sepinggan. Memang sedap! Bukan bebudak je makan. Mak bapak budak pun sama naik.
Tengok kat gambar je dah terliur nak makan. Masak jagung bakar berperisa ni mudah je. Lagi senang masak kalau ada air fryer. Kena perap jugak tau. Perap macam kita perap ayam dan ikan bakar. Perap bagi lama sikit, baru aumm rasanya!
Jagung ni tak di bakar setongkol-setongkol. Kena kerat 2 dan belah 4 supaya lebih senang nak di bakar nanti. Jagung bakar ni sesuai buat minum petang tau. Korang yang gemar makan jagung bakar, boleh la try resepi ni kat rumah nanti.
Resepi jagung bakar berperisa ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Faizah Husain. Kalau takde airfryer, korang still boleh bakar jagung atas dapur. Macam mana caranya? Kena follow resepi ni sampai habis.
RESEPI JAGUNG BAKAR BERPERISA
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Jagung (ikut la banyak mana)
Bahan perap :
- Sos cili
- Sos tiram
- Sos barbeque
- Mayonis
- Planta/butter
- Bawang putih tumbuk
- Serbuk lada hitam
- Origano
- Serbuk paprika (jika ada)
- Parsli (jika ada)
CARA PENYEDIAAN JAGUNG BAKAR BERPERISA :
▶️ Kerat 2 dan belah 4.
▶️ Curah bahan perap atas jagung.
▶️ Gaul bagi rata.
▶️ Perap selama 1 – 2 jam spaya bahan perapan masuk sampai ke tongkol.
▶️ Masuk dalam air fryer. Set suhu 175°c bakar 10 minit. Kemudian terbalikkan dan bakar selama 5 minit. Jangan lama sangat nanti jagung kecut.
▶️ Keluarkan dari airfryer nampak sedap kan.
▶️ Kalau takde airfryer guna je pan granite ni.
▶️ Tutup biar dia masak sekata. Guna api paling kecik.
BACA JUGA : Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Yang Confirm Jadi. Menjadi Sedap Tak Berapa Manis!
Nikmat apa lagi yang engkau dustakan. Terpaling enak! Masa makan ni walaupun butiran jagung tu dah habis tetap sedap hisap tongkol dia tu. Sebab bahan perapan terasa sampai ke dalam tongkol.
Bahan perap lagi banyak lagi sedap. Nanti dia bersalut pada jagung tu yang sedapnya. Hemmm lembut dan juicy. Yang takde jagung kat rumah, moh le kite cari jagung esok. Boleh buat untuk minum petang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Faizah Husain kerana sudi berkongsi resepi jagung bakar berempah yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!