Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Coklat Nestum Bar Yang Simple Dan Sedap. Rasa Sebijik Macam Makan Kit Kat!

0 965

Wah! Syok juga kalau dapat cuba resepi coklat nestum bar ni. Coklat viral homemade yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Rasanya pula sebijik macam makan coklat kit kat. Sedap sangat! Anak-anak confirm berebut nak makan.

Resepi ni sangat mudah dibuat ye. Yang mana, anda cuma perlu cairkan coklat masakan dan adun bersama nestum sehingga sebati. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong-potong.

Yang seronoknya, nak hasilkan coklat nestum bar ni tak perlukan oven. Hanya perlu cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler sahaja. Senang kan! Boleh lah cuba dan hidang kat meja tetamu raya nanti.

Untuk coklat masakan, digalakkan menggunakan coklat compaund Beryls. Sebab coklat ni kurang manis jika dibandingkan dengan milk compaund. Manakala penggunaan nestum pula kena pilih nestum original. Barulah sedap rasanya!

Bagi kat anak-anak rasa, memang tak sampai raya dibuatnya! Sebelum raya dah habis. Jom cuba resepi coklat nestum bar yang dikongsikan oleh Cik Puan Ida Zaida ni. Boleh la tambah resepi biskut raya tahun ini.

 

RESEPI COKLAT NESTUM BAR

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Follow je sebijik-sebijik confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500g Nestum Original
  • 1kg Dark Compaund Beryls

CARA PENYEDIAAN COKLAT NESTUM BAR :

▶️ Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.

▶️ Sampai cair macam ni.

▶️ Kemudian, masukkan 1 paket Nestum original.

▶️ Gaul sampai sebati biar bersalut elok.

▶️ Bila dah gaul sebati, masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik. So, senang nak keluarkan nanti.

▶️ Potong siap-siap baru letak dalam peti ais.

▶️ Bila dah sejuk, patah-patahkan dah siap!

 

BACA JUGA : Resepi Rendang Ayam Yang Viral 267K Share Di Facebook. Boleh Lah Cuba Untuk Raya Nanti!

 

Siap untuk dihidang! Mudah je kan. Biasanya sebelum masuk peti, coklat yang dah di padatkan dalam loyang tadi akan di potong siap-siap. So, mudah proses nak patahkan coklat bila dah sejuk nanti.

Resepi coklat nestum bar ni memang viral ye. Ramai coklat lover yang dah mencubanya. Maklumlah resepi senang, tak perli guna bahan yang banyak pula tu. Kalau nak cuba resepi lain lagi, boleh la tengok kat facebook Cik Puan Ida Zaida. Banyak resepi menarik yang beliau kongsikan.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi coklat nestum bar ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open