Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chicken Salad Yang Teramat Mudah. Sedap Sangat, Samapai Rasa Nak Makan Hari-Hari Je!

0 324

Ada tak penggemar chicken salad kat sini? Apa kata kita follow resepi chicken salad yang teramat mudah ni. Sekali cuba, rasa setiap hari nak makan menu yang sama je. Resepi simple dan pastinya mengenyangkan.

Chicken salad ini biasanya dimakan oleh mereka yang tengah amalkan diet. Isi ayam akan dihidang dengan sayur salad, tomato dan juga telur rebus. Biasanya, chicken salad juga akan makan bersama kewpie dressing.

Hidangan ini tidak menggunakan bahan yang banyak. Yang mana kita hanya memerlukan isi ayam, bahan perapan, sayuran serta kewpie dressing. Bahan perapan ayam yang digunakan pula adalah seperti paprika, black pepper dan juga cajun.

Lagi lama ayam diperap, lagi lah sedap kan. Ayam yang sap diperap akan digrill hingga masak. Kalau nak tekstur ayam yang juicy, ayam cuma perlu digrill sekejap saja. Untuk tekstur yang garing pula, bolehlah masak lama sikit sehingga garing.

Resepi chicken salad ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nabihah Azhar. Agak ramai juga yang share resepi ni. Hampir 4.5k share dan 2.9k like. Nampaknya dah ramai yang plan nak diet.

 

RESEPI CHICKEN SALAD 

Jangan kata makanan diet ni tak sedap. Banyak je lagi resepi diet yang sedap-sedap tau. Termasuklah resepi ini. Makan salad ni baik sangat untuk kesihatan. So, apa kata kita lihat bahan-bahan memasak dulu.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • Paprika
  • Black Pepper
  • Cajun
  • Cherry tomatoes
  • Telur rebus
  • Kewpie dressing

CARA PENYEDIAAN CHICKEN SALAD :

▶️ Ambil isi ayam dan potong kecil ikut siz yang anda suka.

▶️ Perap ayam dengan paprika, black pepper dan juga cajun.

▶️ Seterusnya, grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing, grill lama sikit.

▶️ Hidang ayam grill tadi atas salad dan taburkan cherry tomatoes.

▶️ Letak telur rebus. Cara rebus telur tu mudah je, biarkan air mendidih dan rebus selama 10 minit.

▶️ Last sekali, dressing dengan kewpie dressing. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Karipap Telur Atau Karipap Giant Guna Kulit Paratha Kawan. Comfirm Sedap Dan Mengenyangkan!

 

Siap untuk dihidang! Semua bahan memasak ini boleh beli dipasaraya je. Terutama bahan perapan. Nak makan chicken salad ni dengan tortilla wrap pun boleh. Panaskan je tortilla dalam oven sekejap dan intikan dengan chicken salad. Sedap tau!

Sejak-sejak pkp ni, kita pun asyik makan je. Berat badan pun dah naik. Sampaikan baju dan seluar dah tak muat dibuatnya. Rasanya kita dah boleh mula diet dari sekarang. Takut lepas habis pkp nanti, terperanjat pula kawan-kawan tengok kita hihi.

Masa muda-muda ni lah kena jaga kesihatan. So, ambil pemakanan yang sihat. insyaAllah badan kita pun sihat. Semoga resepi chicken salad ini bermanfaat buat kita semua, selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open