Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bihun Sup Tulang Utara Yang Cukup Power. Simple Dan Sedap Dimakan Panas-Panas!

0 1,241

Rasa terliur bila tengok gambar resepi bihun sup tulang utara ni. Ianya merupakan hidangan istimewa yang cukup sedap bila dihidang panas-panas. Resepi bihun sup tulang ini juga sangat sesuai dihidangkan bila menjelang hari raya.

Untuk pengetahuan anda, ciri-ciri yang wajib ada pada kuah sup tulang ini ialah berempah dan tak terlalu pekat. Kuah sup lebih sedap bila dicampur dengan tulang yang segar dan dimakan dengan sambal merah. Boleh terangkat dibuatnya.

Bihun sup tulang utara perlu menggunakan rempah asli dan tulang yang segar. Kebiasaannya, sup tulang lebih sinonim dihidang dengan nasi putih. Tetapi, kali ini ianya akan dihidang bersama bihun. Tak ada tulang pun boleh je guna isi daging.

Bihun akan direbus dengan serbuk kunyit supaya berwarna kuning. Ianya akan direbus terlebih dahulu sebelum dihidang bersama kuah sup tulang. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Saiful Nasuha.

Nampaknya resepi kali ini dikongsikan oleh lelaki ye. Lelaki ni bila pandai masak, masak apa pun sedap tau. Jadi yang dah lama tak balik utara tu, bolehlah mencuba resepi ini. Terubatlah rasa rindu nak balik kampung.

 

RESEPI BIHUN SUP TULANG UTARA

Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan bihun rebus :
  • Bihun
  • Serbuk kunyit

 

Bahan kisar :
  • 4 biji Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 inch Halia

 

Bahan lain :
  • 1/2 kilo Tulang lembu
  • 1sdk Lada hitam (ditumbuk)
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • 1/2 inci Lengkuas (diketuk)
  • Rempah sup
  • 4 sekawan
  • Daun sup daun bawang tabur
  • Garam danserbuk perasa
  • 4 biji Bawang merah (dihiris halus dan digoreng)
CARA PENYEDIAAN BIHUN SUP TULANG UTARA :

▶️ Rebuskan bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit. Bila dah lembut, bilas bihun dan toskan.

▶️ Rebus tulang bersama bahan kisar, serai, lengkuas dan juga 4 sekawan sehingga empuk.

▶️ Apabila daging dah empuk, bancuhkan rempah sup dan perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.

▶️ Gorengkan bawang merah yang dihiris halus tadi. Dan tuang ke dalam sup.

▶️ Taburkan daun sup dan daun bawang. Siap!

 

BACA JUGA: Honey Butter Biscuit Ala Restoran Texas Chicken. Biskut Paling Mudah Dibuat Dan Gerenti Jadi!

 

Simple! Mudah je kan. Siap untuk dihidang buat keluarga. Bihun dimasak berasingan dengan sup tulang. Supaya bihun tidak terlalu lembut. Cukup direbus sekejap sahaja. Dan boleh disiram dengan kuah sup tulang bila nak makan nanti.

Rasanya sesiapa sahaja yang setiap kali keutara, pasti akan mencuba menu ini. Dan pasti ramai yang telah jatuh cinta dengan keenakannya. Kalau dipasar selasa, pasar rabu atau pasar malam. Pasti ada je yang menjualnya.

Buat sendiri sup ni lebih baik. Bila buat banyak nak makan nanti boleh panaskan. Bila dihidang dihari raya mesti laku keras. Semoga resepi bihun sup tulang utara ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open