Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Air Bandung Soda Yang Paling Mudah. Guna 3 Bahan Dan 3 Langkah Sahaja!
Wow! Sedapnya dapat minum air bandung soda ni. Lagi-lagi bila cuaca panas terik. Terus rasa fresh je tekak bila minum air ni. Korang yang nak buat stock dalam peti, boleh la cuba resepi air bandung soda guna 3 bahan ni kat rumah nanti.
Siapa yang biasa buat soda bandung mesti tahu kalau guna campuran sirap, ais krim soda dan susu, ia tak semudah tuang semua benda. Salah teknik je susu berketul. Salah nisbah je, rasa salah satu akan lemah.
Tapi dengan guna air gas bandung ni, semua jadi mudah dan senang. Tuang ikut mana pun tak berketul. Ikut nisbah ni insyaAllah sedap dah. Sebab bahan dia sikit, orang bujang atau yang memang taknak buat banyak, nak buat segelas je ke, pun boleh. Ikut ratio atau nisbah yang sama.
Resepi ni kurang manis dari yang biasa. Biasanya kita pakai sirap ros F&N tu. Yang memang dah manis. Campur pulak ais krim soda, lagi la manis. Kalau kurangkan sirap, rasa pula kurang. Meh la kita follow je resepi dari Encik Khabbab Jamalludin ni. Tengok gambar pun dah tau air sedap giler.
Resepi yang paling mudah, sedap dan kurang manis. Takde la nak control-control kuantiti minum nanti. Air bandung soda ni, korang letak laici kat dalam lagi sedap rasanya. Boleh buat banyak-banyak dan simpan stock dalam jag kat peti.
RESEPI AIR BANDUNG SODA
Mesti korang tak sabar nak tahu bahan-bahan dan cara penyediaan air bandung soda semudah ABC ni kan. Sekali minum pasti nak lagi. F&N pulak dah keluarkan air perisa bandung. So, lagi mudah kerja korang nak buat air bandung soda ni nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Air Bandung F&N berkarbonat
- Susu Cair Ideal (zakwan ke zafwan ke ta kesah) Kalau tak ada Krimer Cair macam Carnation, F&N pun boleh
- Ais (kalau sejuk pun tambah juga ais supaya kurang manis)
CARA PENYEDIAAN AIR BANDUNG SODA :
▶️ Isikan ais separuh dari jumlah bekas yang korang nak guna. Kalau satu jug setengah jug la. Kalau satu cawan setengah cawan la. Sebaiknya jangan guna pinggan. Susah nak agak dan kurang sopan.
▶️ Selepas tu, masukkan air gas tu sehingga kira-kira 4/5 dari bekas. Agak-agaklah ya. Tuangkan susu sejat. Sampai bekas yang korang guna penuh.
▶️ Kacau dengan sudu supaya semua bahan menyatu. Siap!
BACA JUGA : Resepi Sotong Masak Lada Hitam Bersama Kunyit. Bertambah-Tambah Makan Dibuatnya!
Just nice dah rasa manis dan gas air ni. Korang boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam Peti nanti. Once nak minum, tinggal korang keluarkan dan sedia untuk dihidang. Bandung soda lover, kena save resepi ni siap-siap.
Lepas ni senang kerja aku nak buat air soda dah. Tak perlu nak guna sirap ros F&N lagi. Manis sangat bila campur dengan ais krim soda. Guna resepi ni korang tak muak minum. Rasanya pun tak manis sangat dan confirm buat ketagih.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Khabbab Jamalludin kerana sudi berkongsi resepi air bandung soda guna 3 bahan dan 3 langkah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!