Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Air Asam Padu Menyengat. Sedap Buat Cicah Dengan Ikan Goreng!

0 137

Kecur liur tengok air asam jawa ni. Mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke 4. Sesuai buat cicah dengan ikan. Jom cuba resepi air asam menyengat ni. Confirm berpinggan weh! 

Korang yang suka makan ikan goreng atau ikan bakar boleh try buat cicah air asam ni. Makan dengan ikan kukus je pun sedap. Lagi pedas, lagi mantap. Try makan dengan terung bakar. Fuhhh! Bertambah nasi dibuatnya.

Pakai asam jawa biji ye bila buat air asam ni. Dia punya kick tak boleh bawak bincang langsung. Memang sedap giler! Ada rasa manis, masam, pedas dan sedap. Perghhh! Tak mampu nak teruskan, kena cubalah.

Resepi air asam menyengat ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ameera. Ramai tau yang share resepi ni. Boleh buat koleksi cicahan nanti. 

Air asam ni dibuat menggunakan belacan dan air asam biji. Yang tak boleh makan belacan, kita tengok je la. Takut makan karang, habis gatal hidung dibuatnya. Orang yang ada resdung ni sangat sensetif ye. 

 

RESEPI AIR ASAM MENYENGAT 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan air asam menyengat ni. Tak perlu masak, jom tengok stepnya di bawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji besar cili merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Asam jawa biji
  • Belacan besar
  • 1 cwn air
  • Garam
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili

CARA PENYEDIAAN AIR ASAM MENYENGAT : 

▶️ Sediakan bahan yang dihiris.

▶️ Ambil separuh asam jawa saiz macam ni.

▶️ Kemudian, belacan besar ni. Kalau nak kurangkan pun boleh.

▶️ Masukkan 1 cawan air suam dalam asam jawa dan gaul.

▶️ Seterusnya, satukan semua bahan dalam satu bekas dan letak sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.

▶️ Masukkan pulak 2 sudu makan gula.

▶️ Belacan tadi tenyeh je dekat tangan macam ni.

▶️ Masukkan pulak 1 sudu makan sos tomato dan sudu makan sos cili 1 sudu makan.

▶️ Air asam jawa tadi tapiskan, biji dia buangkan.

▶️ Gaul lah semua bahan tadi.

▶️ Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Sarang Semut Untuk Minum Petang. Mudah Dan Semestinya Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Makan ramai-ramai air asam ni memang best. Confirm berebut nak makan nanti. Lagi-lagi kalau air tangan mak yang buat. Nak buat air asam ni kena ramas-ramas pakai tangan je. Baru sedap!

Ikut suka nak kukus ikan apa, ikan bawal ke tambak ke. Ikut suka nak makan dengan ikan apa. Manis isi ikan tambak dan ikan bawal tau. Kukus ikan 20 minit sahaja. Makan dengan ikan-ikan fresh ye, baru syok nak makan nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ameera kerana sudi berkongsi resepi air asam menyengat yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open