Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Buat Pau Yang Lembut Dan Gebu Dimakan Walaupun Dah Sejuk. Resepi Simple Ni Siap Boleh Buat Jualan!
Siapa yang tak suka makan pau kan. Makan waktu panas-panas dan sekarang ni dah ada pelbagai perasa pau yang kita boleh rasa.
Ada perasa kari ayam, kari daging, kaya, pandan, kacang hijau, kelapa dan banyak lagi lah yang ada. Paling sedap bila kita makan pau yang gebu, dan lembut je dengan inti yang padat.
Nak makan petang- petang sesuai lah kita uli sendiri tepung dan buat sendiri pau yang kita suka. Resepi dari Cik Puan Aya Mohd Akid ni, tak sangka jadi viral di laman facebook dan paling best sekali, ramai yang cuba buat dan menjadi lembut dan gebunya!
Oleh itu, saya kongsikan resepi pau beliau di sini. Kita tinggal follow je step by step yang beliau kongsikan ni.
RESEPI PAU LEMBUT DAN GEBU
Bahan- bahan yang digunakan adalah :
- 2 + ¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Secubit garam
- 2 sudu besar minyak
BAHAN BANCUHAN :
- ¼ cawan air panas
- ½ cawan air biasa (setengah cwn)
- 2 sudu kecil yis
- 3 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN PAU LEMBUT DAN GEBU :
▶ Mula- mula sekali, campurkan air panas, air biasa, yis dan gula. Kacau sebati dan tutup seketika
▶ Dalam bekas yang lain, masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan minyak.
▶ Gaulkan sekata. Masukkan sikit demi sikit yang kita buat tadi ke dalam bekas tepung.
▶ Sambil masukkan, sambal kacau dan gaul.
▶ Nak uli pakai tangan boleh, pakai mixer pun boleh. Pakai tangan akan jadi lebih sedap dan lembut.
BACA JUGA: Resepi Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade. Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!
▶ Uli sampai doh jadi elastic dan tidak melekat dekat tangan.
▶ Kemudian, perap sekejap dalam 50 minit.
▶ Bila doh dah kembang, tumbuk- tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Dan uli lagi.
▶ Seterusnya, bila doh Kembali kembang, ambik sikit dari adunan dan buat bulat kecil- kecil.
▶ Isikan inti dalam pau kita dan bentukkan bulat yang cantik. Letak atas daun pisang untuk setiap bulatan. Boleh juga nak gunakan plastik. Susun siap- siap dalam periuk kukus.
▶ Sementara panaskan air untuk kukus pau kita sekejap lagi
▶ Biarkan seketika pau kita akan mengambang dulu. Dan bila dah kembang, boleh kukus pau lebih kurang dalam 7 minit.
▶ Cukup 7 minit, angkat tudung periuk supaya wap keluar dan tidak kecutkan pau kita. Buat sampai habis adunan pau.
Siap dan sedia dihidang!
Sedap tak terkata lah dapat makan pau panas- panas ni. Sekejap je tak sedap dah habis 1 biji. Bila kita buat sendiir, kitab oleh tentukan yang kita nak pau besar mana. Kecik untuk mudah nak makan atau nak besar, baru sedap inti banyak.
Bila dah pandai buat pau sendiri, lepas ni tak ada lah masalah lagi kalau blur tak tahu nak makan apa untuk waktu petang, kan.
Kalau nak gunakan resepi pau lembut dan gebu ini unuk buat jualan pun boleh. Kita buat menjadi lembut dan gebu, baru puas hati nak jualkan kepada orang lain kan.
Yang baru nak belajar buat resepi pau gebu dan sedap ni, follow je resepi ni. InsyaAllah menjadi seperti yang kita harapkan.
Selamat mencuba ye!