Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Resepi Mee Goreng Malaysia. Masakan Simple Dan Mudah Yang Semua Orang Suka!

0 1,471

Mee goreng memang familiar dalam kehidupan harian kita. Pergi lepak mamak, order mee goreng. Ada tetamu datang, hidangkan mee goreng. Masakan mee goreng ni jarang yang tak suka sebab rasa mee goreng ni memang marvellous!

Sesetengah orang suka makan mee goreng menggantikan nasi untuk makan malam. Namun ada juga yang suka makan mee goreng untuk waktu petang atau pun waktu pagi sebagai breakfast. Jadi, terpulang kepada kita nak makan bila.

Resepi yang saya kongsikan ni, ada yang mana menggunakan cili, bolehlah kurang sekiranya tak suka pedas atau nak buat untuk anak-anak. Kalau rajin boleh buat dua versi. Satu untuk dewasa satu untuk anak-anak.

Jom saya kongsikan satu persatu resepi mee goreng terlajak sedap yang boleh kita buat untuk hidangan ahli keluarga kita.

 

MEE GORENG MAMAK

Payah nak tolak mee goreng mamak ni. Uniknya mee goreng mamak berbanding dengan mee goreng yang lain adalh kuihnya. Fuuh! Makan panas-panas memang boleh angkat tangan oder lagi 1 pinggan!

RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAN UNTUK PES

  • Lada kering ikut kepedasan
  • 50 gm kacang tanah
  • 10 gm kacang dal
  • 50 gm udang kering
  • asam jawa
  • garam
  • gula

 

BAHAN CUCUR UDANG

  • ½ cawan tepung gandum
  • taugeh
  • kucai
  • udang
  • 1 sudu kecil yis
  • sedikit garam
  • serbuk kunyit
  • air secukupnya

 

BAHAN GORENG MEE

  • 1 peket mee kuning
  • ½ biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 senduk pes mee mamak
  • 2 tauhu yg sudah digoreng dan potong
  • cucur udang dipotong
  • daging yang sudah direbus
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur
  • sawi
  • taugeh

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG MAMAK :

▶ Goreng bahan-bahan pes dalam minyak. Toskan minyak kemudian blend bersama air. Tumis dalam minyak tadi bersama asam jawa, garam dan gula sehingga pecah minyak.

▶ Bancuh cucur. biarkan seketika sehingga yis naik. Goreng seperti biasa.

▶ Tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan tauhu dan cucur yang sudah dipotong. Masukkan juga daging dan juga sawi. Kacau rata.

▶ Masukkan mee kuning kacau sedikit dan masukkan pes. Kacau rata. Kemudian, masukkan kicap dan cili sos. Kacau lagi.

▶ Ruangkan ditengah dan pecah telur. Kacau rata akhir sekali masukkan taugeh. gaul dan mee goreng mamak siap!

Kredit Resepi – Inn Intan

 

MEE GORENG BASAH SEAFOOD

Siapa yang suka makan makan mee banjir berkuah macam ni? Yahuu! Kalau order dekat kedai ni sepinggan boleh lepass lah lepas RM10. Tapi berbaloi dengan seafood melimpah banyak macam tu. Kalau nak makan satu family, kita buat sendiri follow resepi daripada Port Resepi ni.

RESEPI MEE GORENG BASAH SEAFOOD

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 tangkai Cili kering
  • Baby sawi dan sedikit batangnya
  • Sedikit lobak merah (potong memanjang)
  • 1 biji tomato
  • 7-8 biji cili padi
  • 10 ekor udang
  • 2-3 ekor sotong
  • Sedikit daun bawang dan daun sup
  • 1 paket mee kuning
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1½ sudu kicap masin
  • 1½ sudu kicap manis ABC
  • 1 sudu sos tiram

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG BASAH SEAFOOD :

▶ Kisar cili kering dengan bawang kecil dan bawang putih. blend sampai hancur.

▶ Panaskan minyak dan tunis bahan blend sehingga betul-betul masak. Masukkan dan kocak air dalam blender

▶ Bila cili dah masak, masukkan bahan perasa. Kicap lemak manis, kicap masin, kicap manis ABC dan sos tiram

▶ Kacau sekejap, masukkan 1 cawan air.

▶ Kemudian masukkan mee kuning. Gaul sehingga sebati.

▶ Masukkan 1 cawan air sikit demi sedikit.Ikut sebanyak mana kuah kita suka.  Masukkan udang dan sotong.

▶ Kemudian, masukkan baby sawi, lobak merah, tomato dan juga cili padi

▶ Kacau sekejap, akhir sekali masukkan daun sup Dan daun bawang.

▶ Rasa semua dah cukup, boleh padamkan api.

Sedia untuk dihidang.

 

MEE GORENG KICAP

Mee goreng kicap ni biasa buat untuk anak-anak je. Sebab rasa dia tak pedas dan anak-anak pun suka. Kalau anak buah datang rumah, tak risau sebab buat mee goreng kicap semua boleh makan.

RESEPI MEE GORENG KICAP

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 400g mee kuning (cuci dan toskan)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 150 gm ayam. (potong dadu)
  • 1 sudu cili boh
  • 1 mangkuk sayur sawi
  • Lada untuk hiasan
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG KICAP :

▶ Mula-mula campurkan kicap pekat, kicap manis dan sos cili dalam satu bekas. Kacau semua dan letak tepi dulu

▶ Kemudian panaskan sedikit minyak masak untuk menumis

▶ Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dah dihiris halus tadi sehingga naik bau

▶ Masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan Pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau.

▶ Setelah itu, masukkan cili boh. Kemudian jangan lupa masukkan campuran kicap tadi ke dalam kuali. Kacau sehingga rata

▶ Masukkan pula mee kuning ke dalam kuali dan gaulkan bersama bahan-bahan tadi

▶ Perasakan dengan garam secukup rasa

▶ Bila dah bercampur baru masukkan sayur. Masak sehingga sayur layu

▶ Sebelum tutup api, taburkan hirisan cili merah ke atas mee untuk bertambah lagi menarik.

▶ Dah siap , bolehlah tutup api dan hidangkan di atas meja makan.

Mudah dan sedap!

Kredit Resepi – Khalifah Media Network

 

MEE GORENG CINA

Ingat nasi je ke yang ada nasi goreng cina. Mee goreng pun ada tau! Tapi biasanya masakan cina kurang pedasnya. Cuma kalau extra kan cili padi kita pun boleh makan. Makan dengan telur mata separuh masak memang sedap!

RESEPI MEE GORENG CINA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 bungkus mee
  • 1 kiub ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 6 helai sayur
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
  • 2 sudu minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG CINA :

▶ Mula- mula sekali, panaskan minyak. Ketukkan bawang putih dan cili padi.

▶ Tumiskan sampai naik bau. Masukkan pula kiub ayam, sos tiram dan serbuk lada sulah. Kacaukan rata.

▶ Seterusnya, masukkan pula mee dan air lalu kacau rata.

▶ Setelah mee dah lembut masukkan sayur dan gaulkan seketika.

▶ Perasakan dengan garam jika perlu. Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

Mee Goreng Cina siap untuk dihidangkan.

Kredit Resepi – Roselina Hanid

BACA JUGA: Ini Semua Resepi Mamak Yang Wajib Kita Cuba! Kari Sotong Paling Padu!

MEE GORENG DAGING

Kalau adad aging lebih, jom kita buat mee goreng daging ni. Serious rasa dia memang sedap. Jarang juga kita nak nampak ada mee goreng yang masukkan daging ni kan? Siapa yang belum pernah cuba makan, memang wajib try!

RESEPI MEE GORENG DAGING

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 pek Mee kuning (cuci dan ditoskan)
  • 1 mangkuk kecil yang hirisan daging yang telah siap direbus
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk maggie cukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 mangkuk kecil sawi dipotong
  • 2 biji telur

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG DAGING :

▶ Panaskan minyak tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dab  tumis sehingga wangi.

▶ Seterusnya,  masukkan sos tiram, sos cili. Kacau sebati.

▶ Masukkan daging yang siap direbus dan dihiris nipis. Kacau dan biar seketika..

▶ Masukkan sos ikan, serbuk maggie cukup rasa, gula serta cuka. Masukkan juga kicap pekat dan kicap manis. Kacau semua bahan sampai sebati.

▶ Masukkan mee kuning dan sayur sawi. Kacau mesra semuanya dan biarkan ia masak seketika.

▶ Akhir sekali, pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sebati semuanya sehingga semuanya bergaul.

▶ Sebelum tutup api,  masukkan taugeh kacau sekejap. Tak perlu lama sebab taugeh sedap dimakan rangup.

Siap sedia untuk dihidangkan

Kredit Resepi – Leeina Qaliena

 

MEE GORENG HIJAU

Mee goreng hijau ni untuk yang sukakan kepedasan sahaja. Sebab hijaunya tu, memang berasal dari cili padi dan ketumbar yang kita guna. Lagi pedas, lagi sedap! Tapi tak boleh kerap sangat buat, risau sakit perut pulak nanti.

RESEPI MEE GORENG HIJAU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 12 ekor udang (size besar dibuang kepala dan kulit kecuali bahagian ekor)
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah dimayang
  • 7 batang daun ketumbar
  • 10-15 biji cili padi hijau
  • ½ sayur kobis hiris halus
  • 7 biji tomato ceri belah dua
  • 3 sudu kecil serbuk pati ayam
  • ¾ cawan air
  • 7 sudu makan minyak zaitun
  • 450 gm mee kuning

CARA PENYEDIAAN MEE GORENG HIJAU :

▶ Mula-mula kisar dulu bawang putih, daun ketumbar dan cili padi.

▶ Tumis bawang merah hingga garing keperangan kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.

▶ Masukkan air, udang dan serbuk pati ayam. Tumis hingga udang berubah warna.

▶ Masukkan hirisan sayur kobis dan tomato ceri, tumis hingga sayur layu.

▶ Masukkan mee, kacau sebati hingga mee masak. Siap untuk dihidang

Kredit Resepi – Eka Zahra

Waah! Ada banyk jenis mee goreng yang kitab oleh buat ye. Kalau dah bosan makan mee goreng biasa, boleh lah try style mamak pulak! Semuanya buat sendiri je bila dah ada resepi ni. Lengkap diajar satu per satu. Mudah kan?

Kalau yang mana baru nak belajar masak resepi mee goreng pelbagai versi, perkongsian ni memang sangat sesuai untuk anda. Setiap hari, cuba satu men. Bukan untuk ikat perut suami je, tapi boleh tambat hati mak ayah mertua sekali!

Jangan lupa sharekan dulu perkongsian ni di facebook anda ye. Semoga ianya bermanfaat dan boleh memabntu anda selesaikan masalah nak masak mee goreng yang sedap!

Selamat mencuba dan jumpa lagi di perkongsian akan datang!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open