Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Daripada Hobi, Bertukar Menjadi Bisnes. Rahsia Kerepek Pisang Rangup Dan Sedap Untuk Jualan

Kerepek pisang sedap dan rangup
0 2,387

Bagi yang suka makan kerepek pisang, sudah pasti sekejap je makan boleh habis sebalang. Siapa yang boleh tolak kalau dapat kerepek pisang yang rangup, dan cukup rasa masinnya. Tidak terlalu masin dan tidak pula terlalu tawar.

Nak menghasilkan kerepek pisang yang kekal rangup ni, bergantung kepada beberapa faktor juga. Tidak hanya pada pisang apa yang digunakan, tapi cara gorengan juga memainkan peranan penting.

Ada yang suka makan pisang goreng, namun ada juga yang lebih excited dan suka buat pisang sebagai kerepek. Tetapi, pisang yang digunakan untuk kedua-dua jenis makanan ini adalah daripada jenis yang berbeza.

Perkongsian resepi daripada Cik Puan Nor Ezah Mohammad ini betul-betul buat saya teruja. Bukan sahaja terharu, kerana ada yang sudi kongsikan cara pembuatan kerepek pisang yang sedap, malah ada beberapa orang juga yang turut komen mencuba resepinya dan menjadi.

Resepi yang dikongsikan beliau ini adalah resepi beliau membuat jualan. Sesetengah penjual tidak suka kongsikan cara memasak mereka kerana bimbang ianya diketahui umum jika ada rahsia-rahsia tertentu. Namun, bagi saya ianya tidak boleh disalahkan kerana masing-masing punya rahsia tersendiri.

 

RESEPI KEREPEK PISANG RANGUP

Kebiasaannya pisang yang akan digunakan untuk membuat kerepek pisang ini adalah pisang tanduk atau pisang nipah. Barulah kita dapat hasilkan kerepek pisang yang sedap dan marvellous!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Pisang tanduk atau Pisang Nipah
  • Garam
  • Bawang putih ( blended)
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN KEREPEK PISANG RANGUP :

▶ Mula-mula sekali, kupas pisang dan rendamkan dengan air garam. Rendamkan seberapa seketika sehingga menati untuk diparut.

▶ Sediakan bawang putih kisar dan bancuh air garam. Atau pun boleh juga tumbuk bawang putih dengan garam.

▶ Kemudian campurkan dengan air. Gaulkan seketika sebab kita akan gunakan ketikan pisang digoreng sekejap lagi.

▶ Panaskan minyak. Toskan pisang yang kita rendam tadi.

▶ Ambik pemarut, parut pisang terus ke dalam kuali panas. Bila pisang dah separuh masak, masukkan sesenduk bancuhan air garam dengan bawang putih tadi.

▶ Masukkan perlahan-lahan supaya tidak merecik. Pisang kita akan larut dengan bahan yang dimasukkan tersebut.

▶ Agak-agak dah cukup masak dan garing, angkat dan toskan minyak.

▶ Buat sampai habis pisang dan sedia untuk dimakan.

BACA JUGA: Cara Buat Ikan Masak Serai Lengkuas Versi Mak. Resepi Warisan Turun Temurun!

Kerepek pisang macam ni, banyak dijual di kantin sekolah, kedai-kedai runcit dan juga kedai makan. Tak mahal pun biasanya untuk sebungkus kecil. Jika jumpa bolehlah beli utuk support peniaga-peniaga kita.

Akan tetapi, kalau ada pisang nipah atau pisang tanduk di rumah, bolehlah goreng sendiri dan masukkan dalam balang. Bila-bila nak makan sambil menonton tv, angkut je balang ke tengah ruang tamu.

Kerepek pisang ni juga sesuai kalau nak buat sebagai hidangan buat tetamu. Simple tapi serious sedap dan rangup. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat korang semua untuk mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open