Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Koey Teow Goreng Basah Yang Ringkas Dan Sedap. Resepi Ni Confirm Jadi!

0 859

Haa tengah fikir nak masak apa malam ni? Nak yang senang-senang je? Jom tengok cara mudah masak koey teow goreng basah yang mudah & bahan ekonomi ni. Kenyang perut di buatnya! Macam-macam jenis lauk korang boleh masuk dalam koey teow goreng basah ni tau! Ada seafood lagi sedap.

Tapi takde udang atau ayam pun korang boleh masak je dengan fishball atau fishcake. Bahan tu pun dah boleh buat masak koey teow goreng basah korang tu sedap. Kalau makan kat kedai selalu tak kena dengan tekak, masak sendiri bolehlah suaikan dengan tekak masing-masing kan.

Cara masak koey teow goreng basah ni ada macam-macam cara. Masak dałam kuali lagend memang lagi best. Ala-ala masak kat pasar malam tu dengan api yang kuat. Fuh.. mantap! Makan koey teow goreng basah ni lagi sedap kalau makan dengan cili jeruk. Barulah rasa pedas-pedas dan sedikit masam.

Kalau beli kat luar, saya memang selalu minta extra cili jeruk. Lagi sedap rasanya! Korang pula macam mana? Ada je yang tak makan dengan cili jeruk tu. Lain orang, lain citarasanya kan. Nak masak koey teow goreng basah ni tak syok kalau cair sangat. Nanti jadi macam sup pula.

Kalau nak rasa koey teow goreng basah yang sedap, korang boleh try resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Fatyn Zamry ni. Memang tak rugi cuba, sebab resepi ni sangat simple dan hanya menggunakan bahan-bahan ekonomi je. Tengok dari gambar pun dah terliur di buatnya!

 

RESEPI KOEY TEOW GORENG BASAH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaan koey teow goreng basah yang sedap ni. Kalau dah lengkap semua bahan bolehlah mula memasak!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Koey teow sebungkus
  • 1 labu Bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
  • Cili kisar/cili boh (4 sudu makan)
  • Fishball & fishcake
  • Udang/ayam (optional)
  • 3 biji Telur
  • Sos tiram (optional)
  • Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal
  • Garam, gula, serbuk hilal
  • Taugeh & kucai

CARA PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG BASAH :

▶️ Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball & fishcake yang dipotong nipis. Fishball tu belah 2 je.

▶️ Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

▶️ Dah masak cili atau dah pecah minyak, time ni api sederhana. Masukkan udang or ayam, air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada.

▶️ Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula dan garam. Rasa dulu nanti kalau kurang masin baru add on sebabnya kicap and sos tiram tu pun dah masin.

▶️ Kuah dah mendidih, pecahkan 3 biji telur, biar seketika. Slowkan api. Jangan kacau. Biar telur kuning tu masak. Dah agak masak telur masukkan koey teow yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit je jangan beria kacau macam kacau dodol kang hancur koey teow tu.

▶️ Dah mesra elok, tambah air sikit kalau nak tekstur basah-basah baru sedap kan. Then add on lagi kicap sikit lagi untuk kasih warna dia mantul. Lepas tu masukkan lah kucai & taugeh.

▶️ Api maintain slow, gaul mesra, then siap!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Dagang Terengganu Paling Power. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi Dibuatnya!

 

Siap untuk di hidang! Wah, nampak sedap kan koey teow goreng basah ni. Makan panas-panas lagi syok! Nak masak koey teow goreng basah ni tak kira siang atau malam pun boleh je. Kalau rasa malas nak makan nasi, hidangan macam ni sesuai sangat untuk kenyangkan perut.

Kalau tengok kat wall Facebook Cik Puan Fatyn Zamry, beliau memang suka berkongsi resepi masakan. Semua pun nampak menarik dan ramai Pengguna Facebook yang share. Rasanya next time kita boleh try pula resepi koey teow thng. Original chinese style. Macam mana rasa tu? 

Sebelum mengakhiri perkongsian ni, saya ucapkan ribaun termina kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi koey teow goreng basah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open