Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Serunding Halia Homemade Yang Garing Dan Sedap. Letak Bawang Lagi Umph!

0 2,309

Ada tak yang tengah berpantang sekarang ni? Ha, apa kata korang buat serunding halia homemade ni. Sedap tau! Boleh campur dengan nasi korang nanti. Barulah rasa nikmat nak makan makanan berpantang. Tak rugi buat sebalang! Tiap kali nak makan, boleh campur serunding halia ni nanti.

Actually, serunding ni bukan untuk orang berpantang je. Yang tak berpantang pun boleh makan. Elok untuk buang angin dalam badan. Boleh juga di jadikan kudapan sambil menonton tv. Sedap sangat! Rasa garing dan pedas berangin gitu. Lagi sedap kalau korang makan campur dalam nasi.

Untuk orang berpantang, serunding ni di katakan sebagai penyedap dalam makanan. Biasalah orang berpantang ni banyak benda tak boleh makan. So, sebelum bersalin boleh standby buat benda ni siap-siap. Dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh lah korang makan sepanjang berpantang nanti.

Serunding ni boleh di buat dengan pelbagai campuran. Tapi lebih sedap bila di campur dengan bawang. Memamg umph rasanya! Ada yang campur dengan ikin bilis juga ye. Tapi untuk berpantang korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Rozita Daud. Confirm menjadi!

Kalau ada yang tanya macam mana cara paling senang nak hiris halia tu. Korang sagat nipas dulu, kemudian potong halus. Tengok kat gambar nanti. Memang cantik je kejadian halia tu. Takde lah terlalu halus kan. Nak makan nanti pun best. Rangup je kat mulut.

 

RESEPI SERUNDING HALIA HOMEMADE 

Rupanya tak susah mana pun nak buat serunding ni. Bahan-bahannya pun tak banyak di perlukan. Cuma agak renyah bila nak hiris-hiris bahan tu nanti. Korang memang kena extra rajin untuk sagat & hiris bahan. Alang-alang nak buat tu, baik buat bnayak terus. Orang tak pantang pun boleh makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1kg Bawang putih (Kopek kulit dan sagat nipis)
  • 1kg Halia (Sagat nipis dan hiris halus)
  • 500g bawang merah size M (Kopek kulit dan sagat nipis)
  • Minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN RESEPI SERUNDING HALIA HOMEMADE :
▶️ Kopek kulit dan sagat nipis bawang putih.

▶️ Seterusnya, sagat nipis dan hiris halus halia.

▶️ Kopek kulit dan sagat nipis pula bawang merah size M.

▶️ Campur semua bahan atas dan gaul rata.

▶️ Masuk minyak dalam kuali dan panaskan minyak biar betul-betul panas ye.

▶️ Masukkan garam 1 sudu kecil dan goreng.

▶️ Selalu kacau takut masak tak sekata. Dah kekuningan slow api dan nampak dah garing boleh angkat.

▶️ Masak selebihnya macam step-step di atas. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Yang Simple Dan Sedap. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya! 

 

Siap untuk dimakan. Lepas goreng, korang jangan masukkan terus kedalam bekas. Biarkan sejuk sedikit dan minyak menggoreng dah turun baru masukkan dalam bekas. Lepas ni kalau nampak makanan pantang korang tu kurang menyelerakan, korang tambah lah serunding ni. Confirm rasa nak makan lagi.

Resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Rozita Daud ni dah viral 2.4k ye. Nampaknya ramai yang suka ye. Mungkin serunding ni bukan untuk penyedap makanan semata. Tapi juga di jadikan ubat untuk buang angin di dalam badan. Rasa lega je badan lepas makan serunding ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Rozita Daud kerang sudi berkongsi resepi serunding halia homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Terutama untuk mereka yang tengah berpantang. Sebelum nak bersalin jangan lupa buat ye. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open