Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Sambal Hijau Padang Yang Padu. Buat Stok Makan Dengan Lauk Pauk, Sedap Wo!

0 18,609

Sambal hijau padang atau nama yang biasa orang panggil “sambal ijo” memang sangat sedap dimakan dengan lauk pauk seperti ikan goreng, daging goreng dan macam-macam lagi.

Sambal ni terkenal di Padang, Indonesia. Sambal ini juga tahan lama da boleh disimpan dalam peti. Nak panaskan semula sebelum makan pun boleh. Sambal ni memang sangat disukai oleh rakyat Malaysia.

Disebabkan peminat sambal hijau ni banyak. Ramai usahawan muda yang menjual sambal ini secara online. Tapi kalau anda sendiri mampu membuatnya sendiri di rumah apa salahnya kan.

Resepi sambal hijau ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Ghadafi Ahmad. Beliau memberi nama sambal ini sebagai resepi sambal ijo padang Chicago style.

Menurut beliau, term Chicago style ini biasanya digunakan oleh chef-chef bila mereka nak “short cut” kan resepi. Lepas ni anda boleh mencuba resepi ini dirumah, kerana cara penyediaannya sangatlah mudah.

 

RESEPI SAMBAL HIJAU PADANG

Malam ni nak makan daging goreng, nak cuba resepi sambal hijau padang ni buat penyedap. Ha! apa tunggu lagi jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya. Mesti syok gile makan dengan daging goreng malam ni kan. Padu!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Cili hijau – buang tangkainya
  • Cili padi hijau – untuk hasil yang lebih pedas
  • 5-6 biji bawang merah
  • 5-6 bijibawang putih
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam secukupnya.

CARA PENYEDIAAN SAMBAL HIJAU PADANG : 

▶️ Potong kasar cili hijau dan cili padi. Ration kedua cili ini ialah 50:50.

▶️ Kemudian kukus cili hijau dan cili padi bersama bawang merah dan bawang putih selama lebih kurang 5 minit.

▶️ Jika sudah layu, tumbuk bahan secara kasar sehingga sebati.

▶️ Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk kasar. Nak lagi sedap masukkan daun limau purut.

▶️ Akhir sekali, perasakan dengan garam. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.

▶️ Angkat dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Linguine Aglio Olio Ayam. Masakan Itali Yang Mudah Dan Pastinya Enak!

 

Siap untuk dihidang bersama lauk pauk. Rasanya makan dengan telur dadar pun dah cukup sedap. Boleh terangkat dibuatnya.

Sesetengah resepi akan menambah beberapa bahan seperti gula dan perahan limau. Terpulang pada anda untuk menambah keenakan sambal hijau padang ni.

Semoga resepi sambal hijau padang atau sambal ijo ini bermanfaat buat anda semua. Simpan lama lagi padu tau. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open