Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Popia Stick Viral. Rangup Krup Krap Krup Krap Bunyinya, Anak-Anak Pasti Suka!
Raya nanti rasa nak selit juga popia stick viral ni. Anak-anak mesti suka. Selain biskut raya, elok juga kalau dapat hidangkan popia stick macam ni untuk tetamu kan. Nak buat pun tak susah, janji rajin je nak gulung kulit popia.
Resepi ni tidak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya. Cuma perlukan 3-4 bahan sahaja seperti kulit popia, coklat dan nestum. Selain nestum, anda juga boleh gantikan kepada bourne atau selborne.
Coklat masakan yang digunakan dalam resepi ni adalah coklat beryl’s. Tapi nak guna apa jenis coklat masakan pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Jangan lupa juga sediakan gandum dan air untuk buat gam ye.
Selain daripada menggunakan bacuhan gandum dan air. Anda juga boleh menggantikan gandum dan air dengan putih telur. Sapu je pada bahagian hujung kulit popia tu. Mesti akan melekat.
So, untuk anda yang teringin nak buat popia stick ni, apa kata follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Humaira Harith ini. Mudah dan pasti tak cukup sebalang bila makan nanti. Laju je habis tau!
RESEPI POPIA STICK VIRAL
Yang suka makan coklat banyak, boleh salut kulit popia ni dengan coklat setebal yang mungkin. Bagi tak nampak terus kulit popia tu. Baru la sedap. Krup krap krup krap je bila makan nanti. Jom lihat bahan-bahan di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit popia
- Coklat beryl’s
- Bourne/ Selborne
- Nestum Nestle
Bahan pelekat :
- Gandum
- Air
**Bancuh bagi pekat
CARA PENYEDIAAN POPIA STICK VIRAL :
▶️ Potong kulit popia kepada 6 bahagian.
▶️ Gulung comel-comel dan letak gam (gandum + air).
▶️ Biarkan sekejap. Rehatkan gulungan tu sampai sedikit keras. Tujuannya adalah untuk kekalkan bentuk bulat popia.
▶️ Seterusnya goreng sampai agak kekuningan sedikit dan ketepikan.
▶️ Double boilkan coklat masakan yang anda suka.
▶️ Celup popia yang dah goreng tadi dengan coklat.
▶️ Salut pula dengan nestum atau bourne/ selborne.
▶️ Akhir sekali, simpan dalam bekas kedap udara.
BACA JUGA : Resepi Nasi Ayam Beriani Yang Simple Berperisa. Boleh Licin Pinggan Dibuatnya!
Siap! Kalau nak lagi best, lagi sedap dan crunchy. Boleh letak popia stick dalam peti ais sekejap. Dah nampak tekstur cantik baru lah susun dalam bekas kedap udara.
Resepi ni dah pernah viral tahun 2017. Dan sudah pasti masih ramai yang gemar sampai hari ini. Boleh buat kudapan sambil tengok movie malam-malam nanti.
Rinuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Humaira Harith kerana sudi berkongsi resepi popia stick ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!